Sunday, June 12, 2011

MEE UDANG KUALA SEPETANG

Pada 3 hari yang lepas saya berkesempatan mengunjungi salah satu restoran mee udang di Kuala Sepetang.Terdapat beberapa restoran mee udang disini seperti Mak Su mee udang , Pak Hasim mee udang , Mak Jah mee udang dan lain-lain. Saya telah mengunjungi restoran Mak Jah mee udang yang memang popular di sini.
Sepinggan Mee Udang seperti diatas ;RM7.00
Mee Udang Special ; RM 11.00
MAHAL...???  Tak juga coz rasanya memang berbaloi...udangnya banyakkkk....puas makan udang bro...

KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM

Perjalanan saya dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu iaitu kira-kira 165 km telah mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 min. Perjalanan yang santai...tak terlalu pecut..tak terlalu perlahan. Pada mulanya...hajat ingin melalui jalan pantai tetapi telah diberi tunjuk arah yang salah oleh seorang rakan menyebabkan saya hanya melalui jalan kampung (jln besut).
Tiba jer di Kota Bharu..Kelainan dapat dirasai walaupun kedudukan muka bumi dan sosio ekonomi penduduk KB dan KT adalah sama. Yang paling menarik dan paling dikagumi ialah cara perniagaan pasar malam disekitar Kota Bharu. Apabila tiba jer AZAN berkumandang, semua urusniaga dihentikan secara spontan tanpa ada apa-apa arahan dari pihak berkuasa @ adanya penguatkuasaan..Inilah dinamakan cara hidup penduduk disebuah bandaraya islam.
Masjid Muhammadi Kota Bharu merupakan masjid ditengah-tengah Bandaraya KB. Program agama yang cukup padat dimasjid ini menjadikannya sebuah masjid yang cukup terkenal dikalangan orang-orang yang meminati pengajian ilmu agama.
Tetapi..AWAS kepada musafir-musafir yang mengunjungi bandaraya KB ini, pastikan meter parkir anda sentiasa dimasukkan duit yang mencukupi kerana penguatkuasa untuk saman parking cukup aktif di bandaraya ini tak kira siang ataupun malam.

Thursday, June 9, 2011

MASJID KRISTAL DAN BATU BERSURAT TERENGGANU

Kesempatan pertama saya ke Masjid Kristal ,Kuala Terengganu pada beberapa hari yang lepas walaupun masjid ini telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 2008. Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Pada pandangan saya masjid ini cukup menarik dengan seni rekaannya dan kawasan sekitarnya.Semasa lawatan saya terdapat satu program huffaz diadakan kepada anak-anak sekolah agama di Masjid Kristal ini. Pelancong dari dalam dan luar negara juga ramai yang mengunjungi Masjid ini.


Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al Quran elektronik.

Selain dari Masjid Kristal, Masjid Tengku Tengah Zaharah juga menarik perhatian saya dan keluarga. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Terapung. Saya telah beberapa kali melawat dan bersembahyang di Masid Terapung ini. Walaubagaimanapun kawasan sekitarnya banyak perubahan telah dibuat. Pantai yang dahulunya berdekatan dengan masjid ini telah ditambak menjadikan taman rekreasi....

Lagi satu yang menarik minat saya di Kuala terengganu ini ialah tentang Batu Bersuratnya...terdapat satu replika Batu Bersurat di tengah-tengah bandar Kuala terengganu.
Hari ini dalam sejarah.....Batu Bersurat telah dijumpai pada 1887 di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai tara, di Kampong Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi yang bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.

CUTI-CUTI MALAYSIA....KLANG-KUANTAN-KUALA TERENGGANU-KOTA BHARU-GRIK-KUALA KETIL-BUKIT MERTAJAM-TAIPING-KLANG

Saje..saje untuk tatapan pembaca blog SyamSGold...pengalaman saya menghabiskan cuti sekolah anak-anak bersama selama 2 minggu...dan saya pun bercuti juga selama 2 minggu...mmmphh...lamanya cuti...walaupun bercuti ,urusan biz tetap berjalan secara online...ha..ha....mudah kan..

Start 27hb jam 6.00 ptg ..kembara bermula dari klang ke kuantan selama 4 jam menyusuri Lebuh raya pantai timur sejauh 285km, bermalam semalam di kuantan dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu sejauh lebih kurang 200 km , bermalam selama 2 malam di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu . dari Kuala Trengganu meneruskan perjalanan ke Kota Bharu sejauh 170 km yang mengambil masa selama 3 jam. Di KB kami bermalam di Habib Hotel , Kota Bharu selama 2 malam. Seterusnya meneruskan perjalanan ke kuala ketil resort melalui lebuh raya timur barat gerik,perak.

Berehat di Kuala Ketil Resort selama 2 malam dan meneruskan perjalanan ke Bukit Mertajam iaitu rumah keluarga mertua. Bermalam selama 3 malam di BM dan meneruskan perjalanan ke Taiping, rumah ayah bonda di kampung Jambu,Taiping. Dari Taiping insyaallah akan menamatkan perjalanan saya di Klang pada hari Jumaat ini. Pada ketika ini masih berada di Taiping....beristirehat bersama keluarga tercinta. Buat masa ini (taiping) jumlah perjalanan saya ialah 1700 km. Taiping ke Klang jarak perjalanan sejauh 300 km lagi.

PART 2- Masjid Kristal dan Batu bersurat
PART 3- Kota bharu bandaraya islam
PART 4- Mee udang kuala sepetang

Tuesday, May 24, 2011

GOLD COAST MORIB RESORT .....LOKASI PERCUTIAN YG MENAKJUBKAN


Pada weekend yang lepas SyamSGold telah pergi ke Gold Coast Morib Resort melihat salah satu unit resort yang telah dibeli .Menurut pengurusan Gold Coast Morib Resort (GCMR), unit SyamSGold ini telahpun siap dan boleh didiami. Asal jer nama GOLD....SyamSGold memang berkeinginan memilikinya...dan telah terbukti pada hari ini satu unit dari GCMR ini telah dimiliki oleh SyamSGold.

Gold Coast Morib Resort ialah sebuah resort ditepi pantai Morib iaitu jaraknya 10 min dari pekan Banting, 35 min dari KLIA dan LCCT.

Memang mengasyikkan....Sebuah resort yang pertama seumpamanya di Malaysia yang mempunyai Water Theme Park ditepi pantai . SyamSGold memang teruja apabila melihat keistimewaan resort yang dilengkapi taman tema air ini di tepi pantai yang cukup menarik di Negeri Selangor.
Gambar-gambar CCMR untuk tontonan anda semua.....


cantik....menarik

Water theme park....mengasyikan para pengunjung

Pandangan dari laut

Pantai yang memutih dengan langskap yg menarik

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENYEWA DI GOLD COAST MORIB RESORT...SILA HUBUNGI SYAMSGOLD BAGI MENDAPATKAN DISKAUN ISTIMEWA  DENGAN TEMPAT PERCUTIAN YANG MENARIK DI GCMR.

Monday, May 16, 2011

4 SEBAB UTAMA HARGA EMAS AKAN TERUS NAIK

Entri kali ini SyamSGold ingin mengenegahkan isu turun naik harga emas.Nampaknya, sejak bermulanya tahun 2011 ni kita dapat lihat turun naik yang banyak pada harga emas... Di sini, saya ada sedikit artikel untuk dikongsi bersama para pembaca semua...


James Digeorgia, pakar pelaburan emas dan komoditi,
juga pengasas Gold and Energy Advisor

Di dalam buku The Trader’s Great Gold Rush, karangan James DiGeorgia, beliau yakin harga emas boleh naik mencecah USD 2500/Oz kerana 4 sebab utama, iaitu:

1) Emas adalah merupakan komoditi dimana harganya akan naik atau turun berdasarkan permintaan pasaran.

2) Nilai USD yang lemah akan meningkatkan harga emas

3) Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis politik (perang atau ketidakstabilan politik)

4) Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis ekonomi.

Beliau menyatakan “Apa yang menarik mengenai harga emas ialah trend kenaikan harga emas - bull market boleh bertukar menjadi raksasa”.

Harga emas tidak akan naik terus menerus dalam garisan lurus, akan berlaku penurunan harga semasa proses kenaikan (market correction), tetapi di dalam jangkamasa panjang harga emas akan meningkat.

Beliau memberikan nasihat berikut "Beli emas sebagai pelaburan sekarang sebelum pasaran emas menjadi panas (orang berpusu-pusu membeli emas). Lepas tu kita boleh bergembira melihat kenaikan harga emas daripada USD1000 kepada USD2500″

Penting bagi anda sekarang untuk MEMBELI EMAS DI BILA ADA DUIT...JANGAN TUNGGU BILA HARGA EMAS AKAN TURUN. Potensi kenaikan harga emas adalah tinggi pada masa ini. Ada duit beli jer emas sebagai aset yang tidak akan susut nilai dan ditelan inflasi.


Sunday, May 8, 2011

KENAPA EMAS PUBLIC GOLD PERLU JADI PILIHAN ANDA..?

Entri  kali ni saya nak berkongsi mengapa perlunya emas Public Gold menjadi pilihan anda dan juga saya. Ini juga berdasarkan pengalaman membeli emas dan perak dengan Public Gold, dan boleh dijadikan panduan kepada anda semua untuk memulakan pelaburan bersama Public Gold.

Antara sebab kenapa emas Public Gold menjadi pilihan saya ;

1) Pertama adalah emas Public Gold sudah mendapat kebenaran dari BANK NEGARA MALAYSA (BNM) untuk mengilang, mencetak dan menjual kepada pelanggan2. Justeru tiada sebarang keraguan untuk melakukan pelaburan bersama Public Gold.. Tidak seperti sebelum ini, terdapat banyak kes2 yang berlaku melibatkan skim cepat kaya serta menjual emas palsu.AWAS.....

2) Selepas meneliti latar belakang syarikat (clearance dari BNM) saya mula melihat dari segi keuntungan pelaburan. Sebagai seorang pelabur, memandangkan Public Gold menjual emas berdasarkan perubahan harga jaul dan beli (we sell dan we buy) petunjuk ini adalah sangat penting untuk menjana keuntungan. Perbezaan harga we sell dan we buy atau di panggil "spread" bagi emas adalah sekitar 5-6% manakala bagi perak adalah sekitar 15%. Kenapa faktor ini penting??? Saya suka kaitan spread ini dengan masa. Berapa panjangkah masa yang saya perlukan untuk menutup spread ini? adakah sebulan? dua bulan atau tiga bulan? sepanjang pengalaman saya spread ini boleh ditutup dalam tempoh 4 minggu, atau paling lama pun 5 minggu, berbanding dengan lain-lain pelaburan emas,yang spreadnya lebih tinggi dari PG.

3) Harga emas Public Gold sentiasa berubah2 setiap 20 minit. Ini memudahkan kita untuk lock harga berbanding jika anda membeli emas di kedai emas ataupon dengan mana2 pengedar emas yang meletakkan harga static (harga berubah sebulan sekali).Order boleh dibuat secara telephone ataupon SMS. Anda bole menghubungi saya untuk membuat order (012-2622 234)

4) Sekiranya anda membuat belian RM 20,000 keatas, anda layak bergelar dealer! Dengan belian RM 20,000 ini anda akan diberi komisyen sebanyak 1% daripada belian anda (sekitar RM 200.00) dan akan dibayar pada bulan berikutnya pada 20hb. Sekiranyanya anda bercadang untuk menyimpan emas tersebut, maka anda secara tidak langsung sudah untung RM200 tanpa perlu menjual sebarang emas! Dan sekiranya anda membuat sales (belian berikutnya) anda akan terus dibayar komisyen!!!!!!

5) Stock emas PG sentiasa ada. Anda tidak perlu untuk menunggu lama selepas membuat order dan bayaran. Pihak Public Gold akan mengeluarkan notis pengambilan stock setiap awal bulan dan pengambilan stock bole diambil hampir di SETIAP negeri di Malaysia.

6) Emas Public Gold diterima untuk tujaan pajakan di Agro Bank serta di koperasi2 tertentu.

7) Public Gold menyediakan seminar percuma kepada mereka2 yang baru dalam dunia pelaburan emas ini...sila semak di website Public Gold (www.Publicgold.com.my) untuk melihat list seminar bulanan.
Kepada mereka diluar sana yang ingin menceburkan diri bersama Public Gold, jangan segan silu untuk menghubungi saya SYAMSGOLD anda.

Monday, May 2, 2011

TEKNIK MENJANGKA HARGA EMAS

Para pelabur emas tersenyum melihat harga emas sepanjang 2 minggu 
ini akibat dari lonjakan harganya yang memberangsangkan. 
Adakah semua orang menjangkakan harga emas akan seperti ini....
secara terperincinya tidak..tetapi seperti yang selalu saya perkatakan...
harga emas pastinya akan lebih tinggi dari bulan sebelumnya ataupun tahun sebelumnya..

 

Contoh harga 20 grm seperti berikut :-
Januari 2011 = RM 2805
Februari 2011 = RM 2950
March 2011 = RM 3232
April 2011 = RM 3350
Mei 2011 = RM 3416

Anda inginkan teknik menjangka harga EMAS....
ia dapat membantu anda dalam pelaburan EMAS yang amat menguntungkan ini.
sila klik dibawah..Ebook yang cukup berguna untuk anda semua.

 
Apa tunggu lagi...ingin kan ilmu emas sila klik diatas..
Jika ingin mulakan pelaburan emas sila contact SYAMSGOLD....Sinaran Emas Anda.

Friday, April 15, 2011

HARGA EMAS NAIK...DAN NAIK...BILA HARGA NAK TURUN..??

EMAS sentiasa MAHAL....
HARGA sentiasa NAIK....
BILA harga emas nak turun...???
Jawapannya...EMAS memang sentiasa mahal dan ada class yang tersendiri...
kalau emas murah....itu bukan emas tapi may be..taik emas je...he..he..

Bila nak beli EMAS ..? tunggu harga turun..? 
Jangan mimpi disiang hari...BELI EMAS bila anda ada duit...
jangan tunggu harga turun...coz bila harga emas nak turun....
sebab EMAS tak murah-murah dari dulu , kini dan selamanya....

Harga emas di kedai2 emas pun dah naik sejak semalam selaras dengan kenaikan yang di tentukan 
oleh FGJAM (Federal Of Goldsmith And Jewellery Association).





lihat petikan dari KOSMO 14/5/2011...

Lonjakan harga emas


HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan


LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.


Selamat memborong EMAS...

Thursday, March 31, 2011

PEANUT CANDY DENGAN HARGA BORONG

Pelbagai Perisa yg mengasyikkan....
Barley...Coffee dan....Sesame...

Barley Peanut Candy
  
Coffee Peanut Candy


Ramai orang bertanya.....Dah naik harga ke..??
Jawapannya.....Tidak..!!!!
Malah lebih murah...dengan harga borong yang pasti tidak menghampakan semua peminat-peminat Peanut candy...

BELIAN RUNCIT DENGAN HARGA BORONG ....
DARI PEMBORONG PEANUT CANDY...
LEBIH JIMAT....LEBIH MENGUNTUNGKAN ANDA....
TAK KIRA UTK BISNESS, KENDURI DSG.

HARGA BORONG ;
10 KG = RM 23.00/KG
30 KG = RM 22.00/KG
70 KG = RM 21.00/KG



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails