Friday, February 25, 2011

ZA'FARAN @ SAFFRON - " LONGGOK EMAS GURUN PASIR ".

Bunga Saffron yang sedang mekar.

SyamSGold ingin memperkenalkan satu produk baru yang amat berharga dan mempunyai nilai komersial yang tinggi dan terkenal dengan panggilan“Longgok Emas Gurun Pasir”.
SyamSGold pastinya hanya memperkenalkan produk-produk bermutu tinggi dan mempunyai nilai yang tinggi seperti nilai EMAS kepada semua pelanggan.

Produk yang dimaksudkan ialah Za’faran @ Saffron. Ia  ialah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 - 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Sebab itulah Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia.
Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran  @ Saffron  merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo!

زعفران  - ZA’FARAN (STIGMA BUNGA)
Stigma Bunga Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali juga sebagai “King Of Spices”. Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za’faran sangat baik untuk kecerdasan minda.

Dalam kitab       “ طب اللأمأم علي ”, m.s. 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
من أخذ من الز عفر ان الخالص جزءا ومن السعد جزءا ويضاف اليهما عسل
يشرب منه مثقلين في كل يوم فانه يتخوف عليه من شدة الحفظ أن يكون ساحر

Maksudnya : “Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.


Khasiat Za’faran & Saffron

  Dalam kitab-kitab perubatan Islam, terlalu banyak  memperkatakan tentang khasiat Za’faran begitu juga dari perubatan moden Barat. Ia kaya dengan vitamin B1 & B2 (Riboflavin & Tiamin).
Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia dan Menguatkan ingatan.


                                            

Di antara khasiat Za'faran / Saffron ialah:
 ( Berdasarkan kitab perubatan Islam & Perubatan Moden....Insyaallah......)

Membantu menyempurnakan proses penghadaman
Menguatkan ingatan
Merawat anemia
Mengawal tekanan darah dan kolestrol
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
Melancarkan pengaliran darah
Merawat penyakit saraf
Mengurangkan keletihan
Mengurangkan sembelit, bisa-bisa sendi
Pertumbuhan akal dan fizikal bayi , kanak-kanak serta remaja
Penenang diri
Perangsang tenaga batin & banyak lagi (di buat kajian oleh saintis barat)
Pengambilan secara tetap minuman ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa.

CARA MAKAN / MENGGUNAKANNYA....

6 stigma (filament) za'faran untuk 500ml air. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung

Seorg pekerja sedang memetik bunga saffron

Filament saffron yang telah dikumpulkan.

BERAPA HARGA YANG 
AKAN SAYA TAWARKAN UNTUK ANDA.....
Za'faran @ saffron Original dengan harga yang paling murah dipasaran.....kualiti tetap terjamin.
Beli satupun dengan harga borong....apa tunggu lagi...!!!


Contoh 1 pek Saffron...Produk from Iran
Anda beli satu pek = RM 25    
2 pek = RM 40
4 pek = RM 76
6 pek = RM 108
12 pek = RM 200
24 pek = RM 360

PROMOSI untuk Anda....PERCUMA KOS PENGHANTARAN KESEMUA DESTINASI...

Untuk makluman...harga diluar sana biasanya RM 35- RM50 per pek.
Jadi..anda boleh dapatkannya disini...

Call : 012-2622234 atau mesej sahaja nak berapa pek dan hantarkan alamat penuh anda...
Bank in jumlah bayaran dan penghantaran akan dibuat secepat mungkin.
HARGA BORONG UNTUK SEMUA....LEBIH JIMAT...
PELUANG UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN ANDA.
Kualiti dijamin ....harga yang munasabah...


Wednesday, February 9, 2011

KENAPA ANDA PERLU PILIH EMAS FIZIKAL...

Entri kali ini SyamSGold ingin memetik petikan dari Rujukan Informasi Islam- Ust zaharuddin....minta baca dan fahamkan apa maksudnya......

Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?
Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.
JAWAPAN
Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-
• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.
• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
 Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).
HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191) 
emas oh emas
 
DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :
1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.
2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.
3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.
4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini. 
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.
KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.- Ust Zaharuddin.

TAMATNYA RIWAYAT SEEKOR IKAN AROWANA......

Entri kali ini saya nak menceritakan sedikit cerita sedih tentang AROWANA saya yang telah dipelihara sejak 5 tahun lepas...dan akhirnya hari ni arowana ni dah GOL....#$%&.....Beberapa hari lepas Arowana ni moyok semacam jer....dan saya mengagak....ikan ini sakit kot..!!
Memang ler perut ikan ni kembung semacam jer....Saya pun pergi la ke kedai ikan menanyakan ubat-ubat yang diperlukan....
Tiba-tiba semalam Arowana ni dah tunggang terbalik....dan hari ni ajalnya pun tiba....mungkin dah tua kot..!!
Perasaan ingin tahu pun ada kenapa perut ikan ni buncit...jadi saya pun buat post mortem.....
Apa agaknya dalam perut ikan Arowana ni...???
- cacing...??? (spt yg dikatakan oleh tokey cina ikan....)
- taik.....????
- makanan dier...???? ....
Rupa-rupanya.....TELUR IKAN.....adala dlm berpuluh-puluh biji.....
tak sangka pula saya ikan ni boleh bertelur.....mmph...

OK...kita tinggalkan cerita Arowana saya tu....dan kenapa saya post kan cerita tentang arowana..???
Jawapannya....AROWANA pun macam EMAS juga....
Ada Golden Arowana  .....ada Silver Arowana.....eh...eh....sama plak....
Kalau beli Golden Arowana memang harganya sangat mahal....berpuluh-puluh ribu seekor.....macam EMAS
tapi kalau Silver Arowana....murah la sikit...macam beli DIRHAM...

lepas ni boleh la panggil AROWANA DIRHAM....ha...ha...ha.....
apapun  saya still minat GOLDEN AROWANA...... 
EMAS ....Sinaran & Keunggulannya pasti diingati.... 






Sunday, February 6, 2011

KOS PERGI HAJI ANDA BAYAR....PERCUMA DUIT POKET RM 5490

 


BAGAIMANA CARANYA........

 Anda ingin pergi haji ..??? Tetapi...masalahnya....
  • Kos semakin meningkat..???
  • Belum tiba giliran anda dengan Tabung Haji....
  • Duit makin tak cukup....     
Jika semua itu membelenggu anda...Jangan risau dan gundah gelana...
SyamSGold ada jalan penyelesaiannya..
Bagaimana..???
Kos mengerjakan haji bagi tahun 2010 = RM 9,500.00

Anda beli 3 ketul Public Gold (20grm)
dengan harga Rm 3,050 seketul
(macam dlm gambar diatas)
Jumlah anda beli ialah RM 9150.00

Anda simpan 3 ketul emas PG tersebut selama 2 @ 3 tahun...
Apa anda dapat.??
Dengan kenaikan emas sebanyak 30% setahun
(mengikut kenaikan tahunan pada tahun 2006-2010)

2 tahun simpan anda dapat = RM 5490.00 je..
( tidak termasuk duit pokok anda iaitu RM9150.00)

kalau anda simpan 3 tahun....anda ada RM 8235.00....lumayan tu...
Jadi anda dahpun dapat menyimpan
kos duit poket anda sebanyak RM5490 dalam masa 2 tahun jer...

Apa kata jika anda simpan dalam Tabung Haji.
Tahun 2010 diveden TH ialah 5.5% setahun.
Simpanan RM 9150 selama dua tahun ialah RM 503.25 setahun
RM503.25 X 2 tahun ialah RM 1006.50
Dengan jumlah tersebut....
apa yg anda boleh beli di Tanah suci Mekah...???

Tepuk dada...tanya fikiran anda.....mana lebih untung..???


# Ini ialah pandangan penulis semata- mata berdasarkan sejarah kenaikan harga emas tahun-tahun sebelumnya .Ia boleh berubah dari masa kesemasa mengikut harga emas dunia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails