Friday, April 15, 2011

HARGA EMAS NAIK...DAN NAIK...BILA HARGA NAK TURUN..??

EMAS sentiasa MAHAL....
HARGA sentiasa NAIK....
BILA harga emas nak turun...???
Jawapannya...EMAS memang sentiasa mahal dan ada class yang tersendiri...
kalau emas murah....itu bukan emas tapi may be..taik emas je...he..he..

Bila nak beli EMAS ..? tunggu harga turun..? 
Jangan mimpi disiang hari...BELI EMAS bila anda ada duit...
jangan tunggu harga turun...coz bila harga emas nak turun....
sebab EMAS tak murah-murah dari dulu , kini dan selamanya....

Harga emas di kedai2 emas pun dah naik sejak semalam selaras dengan kenaikan yang di tentukan 
oleh FGJAM (Federal Of Goldsmith And Jewellery Association).





lihat petikan dari KOSMO 14/5/2011...

Lonjakan harga emas


HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan


LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.


Selamat memborong EMAS...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails