OLIVE OIL

New packaging
Adakah anda susah untuk amalkan Olive oil @ minyak zaitun kerana selalunya ia didatangkan dengan minyak yang dibotolkan....kini tidak lagi...SyamSGold telah memperkenalkan Olive oil yang didatangkan dari Turki...Mudah dimakan..mudah diamalkan...mudah disimpan...mudah didapati..hanya dari SyamSGold.
Minyak Olive ini dikapsulkan dalam 1000mg setiap kapsul dan setiap kotak (spt diatas) mempunyai 24 biji kapsul. Lebih mudah untuk anda dan keluarga untuk amalkannya.

Keistimewaan kapsul Olive Oil  Dari Turki:
-Dihasilkan menggunakan kaedah 'cold pressed' untuk menjamin kualiti dan kesegaran
-Proses mengeluarkan minyak dari buah zaitun tanpa penggunaan haba atau pemanasan untuk menjamin minyak zaitun yang berkualiti tinggi
-Perahan minyak yang dikeluarkan daripada buah zaitun yang terbaik
-Pilihan utama diet pemakanan bagi mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular
-Rasanya enak dan kurang rasa berminyak

 HARGA TERMURAH YANG KAMI TAWARKAN ;
Setiap kapsul ada 1000 mg supaya mudah diamalkan.1 box 24 pcs.
Harga promosi 1 box rm16.
3 box rm42 + pos laju rm6.
12 box rm144 + pos laju rm9.
19 box rm218.50 + Pos laju rm13
.

## Jumlah kotak diatas mengikut kesesuaian plastik prabayar Pos laju.


BERMINAT ..?? HUBUNGI SYAMS-GOLD SEKARANG UNTUK DAPATKAN HARGA YANG LEBIH MURAH DENGAN KUALITI TERJAMIN.

CALL/SMS/WHATSAPP/WE CHAT ; 012-2622 234.
EMAIL ; asraz74@yahoo.com.

APAKAH ITU OLIVE OIL @ MINYAK ZAITUN.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman
berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh
digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit
jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk
epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama
pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

OLIVE OIL...DISEBUT DALAM AL-QURAN...

"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.

Diriwayatkan dari Sayyed Al-Ansari bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:
Gunakanlah MINYAK ZAITUN sebagai makanan, berminyaklah dengannya untuk rambut, badan dan seumpamanya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang berkat.
(Tarmizi, Ibn Majah)


KHASIAT OLIVE OIL:

- Tinggi kandungan Vit E anti oksidan
- Mengurangkan kadar kolestrol dalam darah
- Mengurangkan risiko sakit jantung
- Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
- Merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat)
- Mengurangkan tekanan darah
- Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita.
- Anti Kanser
- Melancarkan saluran pemakanan melalui usus
- Mencegah ulser dan mengurangkan risiko batu karang
- Mencantikkan kulit, rambut dan kuku

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails