Thursday, July 29, 2010

EMAS....LEBIH MAHAL DISIMPAN LAMA

Petikan dari artikel yang dikeluarkan dalam KOSMO beberapa hari lepas menarik minat saya untuk diwar-warkan kepada pengunjung blog ini....Bacalah dengan santai....menarik untuk dijadikan maklumat tambahan anda...buat pengunjung blog,peminat emas dan saudagar2 emas amnya.

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my



DI SEBALIK bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.
Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.
Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.
Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.
"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.
"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.
Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.
Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.
Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.
Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.
"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.
KETULENAN emas boleh diuji sebelum bersetuju untuk membeli.


Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah.
Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).
"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.
"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya.
Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.
Konsep kekayaan
Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.
"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.
"Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.
Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.
Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.
"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.
"Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.
EMAS Public Gold memaparkan cap mohor syarikat terbabit.


Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.
Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.
Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.
Mas kahwin
Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.
Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.
Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.
"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.
"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).


NADIAH menerima hantaran mas kahwin dinar emas daripada suaminya, Wan Azmir.

Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.
Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.
"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Friday, July 23, 2010

BELI EMAS....ANDA DAPAT EMAS

Disini saya ingin menegaskan bahawa Pelaburan emas yang dicanang-canangkan bukanlah bermaksud pelaburan seperti skim cepat kaya atau MLM yang menawarkan kekayaan dengan cara pantas dan mudah.Apabila anda membeli emas Gold Bar atau dinar....itulah barang yang anda akan dapat.(gambar seperti dibawah).
Untuk makluman,sekiranya anda sekarang mempunyai wang berjumlah RM 2500.00 ...nilai wang tersebut akan semakin mengecil dalam jangkamasa 5 tahun lagi.Apa yang anda boleh beli sekarang dengan harga tersebut sudah tidak dapat lagi dibeli pada jangkamasa 5 tahun lagi.Nilai wang akan semakin mengecil akan tetapi sekiranya wang tersebut anda membeli emas bar @ dinar.Dalam jangkamasa 5 tahun lagi, harganya akan melonjak lebih dari 40% (seperti tahun-tahun lepas).
jadi apa tunggu lagi....sebelum harga emas melambung tinggi....
Anda boleh beli atau jual dengan saya emas seperti dibawah ini.
Bentuk fizikal emas dan nilai emas fizikal yang di keluarkan oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd.
emas20gram
Goldbar (Emas 999/24K) 20gram

emas50gram
Goldbar (Emas 999/24K) 50gram

emas100gram
Goldbar (Emas 999/24K) 100gram

syilingemas50gram
Goldcoin (Emas 999/24K) 50gram

1 dinar
1 dinar (emas 916/22K) = 4.25gram

5 dinar
5 dinar (emas 916/22K) = 21.25gram

10 dinar
10 dinar (emas 916/22K) = 42.5gram

Thursday, July 22, 2010

EMAS...PELABURAN ALTERNATIF ANDA

Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas.

Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.


Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns.

Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus.

Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.
Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus.

Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas.

Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.
Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram.

Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.
Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini.

Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.
Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.
Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama.
Pertama penyusutan nilai dolar Amerika.

Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.
Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika.

Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.
Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini.

Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi.

Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.
Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.
Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh.
Dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.
Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value.
Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.
Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).
Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom.

ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.
Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini.
Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.
Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.
DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
Sumber : Utusan Malaysia 10 Oktober 2009

BELI EMAS....BELI EMAS....HARGA RUNTUH....!!!


Gold Bar 20 gram, 50 gram dan gold coin 50 gram




Dinar Emas 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar


Tajuk jer dah gempak...HARGA RUNTUH..???...Sebenarnya emas ni tak der la nak jual lelong-lelong coz klu sapa-sapa nak beli kena ikut harga pasaran yang akan di update setiap 20 minit.jadi apa yg runtuhnya...???.Sebenarnya untuk makluman semua...time ni harga emas memang tengah rendah..tak caya tengok harga Public Gold dan Public dinar disebelah.Selain tu anda juga boleh layari laman web Public Bank untuk tengok hege Gold Investment Account(GIA),May Bank bagi kijang emas dan juga Kuwait Bank bagi hage emas masing-masing. Apa yang menariknya ,minggu lepas apabila hage emas semakin meningkat ramai peminat-peminat emas berebut-rebut beli takut-takut emas ni naik lagi tinggi......tup...tup muncul jer minggu ni hage makin turun lak...tp saya mmg yakin dan pasti ...menjelang ramadhan dan syawal akan datang hage emas pasti akan melonjak kembali....jadi sesiapa yg belum beli emas.....jom pakat beli sebelum hage tinggi....contact saya segera.Stok baru...hage pun ngancam..!!

Wednesday, July 21, 2010

EMAS FIZIKAL.....???? Apa Sinarnya......

Kenapa melabur dalam emas fizikal? PDF Cetak Emel

10 Sebab Utama untuk Melabur dalam Emas Fizikal

1) Tiada pelaburan emas yang menawarkan harga pasaran sebenar emas.
2) Emas sering diperkatakan setiap hari.
3) Pelaburan emas adalah selamat.
4) Tiada sebarang krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang US Dolar.
5) Emas didagangkan mengikut pasaran antarabangsa.
6) Pasaran emas adalah terkawal tanpa memperdulikan masalah politik semasa, peperangan mahupun bencana alam.
7) Tiada kerugian yang melampau seperti pasaran saham atau bon.
8) Emas adalah pelaburan yang boleh mengelakkan inflasi berlaku.
9) Emas sentiasa diminta hingga menyebabkan pemintaan yang tinggi.
10) Emas sudah diperkakui sejak turun temurun lagi.

MENGAPA SAYA MEMBELI EMAS DAN ANDA JUGA PERLU MEMIKIRKANNYA...



Perbezaan antara asset:

Ada diantara pelabur yang mempunyai portfolio yang tinggi mempunyai asset kewangan yang tersendiri sejak turun temurun terutama pelaburan saham dan bon. Sebab utama pelaburan ini untuk mempertahankan dan mengawal sekiranya disalahgunakan pihak tertentu.
Dalam kontek portfolio pembangunan, pelaburan dilihat sebagai satu keperluan yang tidak mempunyai risiko yang tinggi berbanding asset dan ianya mempunyai pulangan dan tabungan pada setiap pelaburan yang dilakukan. Pada setiap definasinya, pelaburan mampu mengelak kerugian yang besar malah mampu mengubah keuntungan.

Definasi sebenar

Kunci definasi dalam bentuk pelaburan berkait rapat antara satu sama lain kerana setiap pelaburan yang dilakukan berhubung rapat berbeza dengan konteks pelaburan sahamdan bom dimana setiap pelabur perlu mencari pelabur untuk menjual pasaran barangan yang ada sama ada mampu mencatatkan keuntungan atau sebaliknya.

Definasi untuk mengurangkan risiko

Ramai pelabur beranggapan bahawa setiap pelaburan yang dilakukan tidak lari dari menghadapi satu-satu risiko termasuk pembelian saham atau bomn namun dengan pelaburan ini kesan risiko dalam pelaburan emas adalah kecil dan rendah. Setiap urusniaga yang dilakukan tercatat bagi mengelak sebarang kesan yang berlaku.

I. Emas – Harga Simpanan

Sebab utama pelabur melihat pelaburan emas yang mempuyai kelas yang tersendiri kerana ianya sentiasa bertahan pada harganya tidak mudah kerugian pada harganya biarpun menghadapi situasi pasaran. Melalui petikan pakar ekonomi, Stephen Harmston dari Penasihat Bannock dalam laporan Kewangan Emas Sedunia 1998 memetik.
“…Sekiranya terhadap kesan pada harga pasaran, harga pasaran emas tidak akan berubah dalam tempoh masa yang lama seperti mana yang berlaku terhadap pasaran komuniti yang sentiasa berubah-rubah dan pada dasarnya pasaran emas sudah membuktikan keberkesanan pada harga kawalan dan ianya adalah lebih selamat pada ekonomi dan mampu mengelak berlaku inflasi dan mengawal ekonomi semasa. Dalam tempoh masa yang panjang, ekuti saham mampu mengugat pertukaran pasaran saham asing sekaligus hubungan antara pasaran saham akan berubah tetapi tidak pada pelaburan emas kerana dalam tempoh bertahan itu mampu mencatatkan keuntungan yang berharga.”

II. Emas – Portfolio dalam Inflasi Sifar

Antara kesan utama adalah untuk mempertahankan pasaran dalam sektor kewangan terhadap asset yang didagangkan dan emas dilihat satu pasaran yang cukup ideal bagi mengelak berlaku inflasi.
Definasinya Kunci Pelaburan Emas
Aspek utama dalam perlaburan adalah ianya terkawal dari segi risiko dan mempunyai pulangan yang dijangkakan dan amat kuat setiap kali pelaburan dilakukan terhadap pasaran sedia ada.
Memperkenalkan kelas yang tersendiri dan setiap pelaburan yang dilakukan mempunyai asst dalam komoditi kerana pencaturannya amat berbeza dalam setiap pelaburan yang dilakukan kerana ianya berfungsi secara lebih radikal dan selamat.
Sebab pembelajaran yang tersendiri menunjukkan teknik definasi secara tradisional termasuk pembelian saham dan bon menunjukkan kerugianv dan ada sedikit keuntungan pada setiap kali ianya didagangkan dipasaran. Biarpun membuat pelaburan yang kecil dalam urusniaga emas namun keuntungan yang dicatakan agak memberangsangkan.
6 Sebab utama mengapa perlu melabur emas.
  1. Mampu mengawal inflasi.
  2. Mampu mengawal pegedaran matawang dolar.
  3. Selamat setiap masa dalam pasaran semasa.
  4. Sebagai pasaran komoditi ianya adalah pasaran yang bagus dan baik kerana mempunyai pulangan yang tinggi.
  5. Penyimpan nilai.
  6. Portfolio dalam mengelak berlaku inflasi.

III. Menutup berlakunya Inflasi

Pelaburan emas dirangka untuk menutup berlakunya inflasi kerana tahap konsistennya diperakui berkesan kerana harganya sentiasa naik kerana harga emas tidak memberi sebarang kesan sampingan sejak perang dunia musim kedua dan kesan inflasi di amerika Syarikat untuk tempoh lima tahun turut menunjukkan kenaikkan pada 1946, 1974, 1975, 1979, dan 1980. Dalam tempoh masa itu, stok pulangan antara 12.33%; pada pulangan asal emas adalah 130.4%.
Hari ini, bilangan factor untuk mewujudkan perbezaan amat banyak sekali termasuk polisi pelaburan, pemotongan cukai, tempoh masa yang panjang untuk mengesahkanya termasuk memotong harga pasaran minyak dunia.
Minyak, Inflasi dan Emas
Harga pasaran minyak dan emas tidak sama antara satu sama lain hinggakan boleh menimbulkan pertanyaan mengenai harga pasaran minyak mampu memberi kesan terhadap harga emas kerana harga minyak sentiasa ada yang naik dan turun.Disini ada dua perbezaan kenaikkan harga pasaran emas yang berlaku pada1968. Kenaikkan harga pada 1972 dan 1974 turut melonjakkan kenaikkan sehingga 325%, antara US$2.44 kepada US$10.36. Dalam tempoh masa itu juga, harga emas turut sehingga 268% (pada suku tahun)(on a quarterly antara US$47.45 kepada US$174.76. Kenaikkan kedua pada harga berlaku pada 1978 dan 1980, apabila harga minyak naik sehingga 105%, dari US$12.70 ke US$26.00. dan masa yang sama, harga emas turut naik 254% dari US$178.33 ke US$631.40.

IV. Emas – antara pertukaran dollar

Emas dibeli dan dijual pada harga pasaran US, jadi tiada sebarang pertikaian mengenai harga berlaku sama ada naik atau sebaliknya.Matawang US Dollar adalah matawang yang kekal dan kenaikkan tidak begitu ketara dan ianya baik untuk simpanan dan pertukarannya boleh membuat perkiraan urusniaga komoditi.

V. Emas adalah selamat

Berdasarkan fakta bahawa Amerika Syarikat menggunakannya sebagai krisis komoditi dalam menggunakan sebagai pengawalan kuasa namun ia tidak memberi kesan yang kuat pada pasaran dunia termasuk memberi kesan pada pelabur pada satu-satu peringkat. Antara sebab utama adalah pada pasara emas tidak memberi kesan yang kuat namun begitu jika dilihat pada sistem perbankan agak ketara kesannya jika berlaku kesan ekonomi. Dan diharapkan dan juga amat penting pada pasaran dunia apabila kegagalan ekonomi global akan menjejaskan ekonomi dunia namun pelaburan emas masih lagi selamat.

VI. EMAS – bekalan dan pemintaan

Pertama, pemintaan agak ketara dan produkti emas sentiasa berubah, perak juga berubah dan secara puratanya ianya sentiasa berubah-ubah biarpun agak teruk untuk membuka pengurusan baru berasaskan pertukaran namun ianya dapat diselesaikan dalam satu tempoh masa yang cukup singkat seperti pengeluaran emas di Afrika Selatan sebagai pengeluar emas terbesar di dunia mencatatkan kejatuhan pada peringkat paling rendah pada 1931 dan kemudian terus tutup sehingga melantik Harmony Gold Mining Co dan berlaku kenaikkan pada harga emas setiap tahun selama 16 tahun lamanya.
Pemintaan yang meningkat terutama di China, India dimana India mencatatkan pengunaan emas yang paling banyak di dunia dan China mencatatkan pertumbuhan ekonomi dalam sejarah ekonomi paling moden dan kedua-dua negara melakukan liberalisasikan pada undang-undang untuk mengimport dan menjual emas.
China mengajar sesuatu yang baru dalam industri termasuk kenaikan ekonomi sehingga 9 % setahun dan akan menjadi negara kedua terbesar di dunia pada 2020 dibelakang Amerika Syarikat. Tahun lalu, Amerika Syarikat membelanjakan $162 billion lebihan dari barangan China berbanding barangan yang dibelanjakan China terhadap produk Amerika Syarikat dan perbezaan antara 25 % setiap tahun.

EMAS.....BERHARGA ATAU TIDAK ???

Emas....emas....emas.....perkataan yang kerap kali diucapkan oleh kaum wanita suatu ketika dahulu..tapi sekarang tidak lagi..nampaknya tren sudah berubah.kaum wanita bukan lagi mendominasikan perbualan berkisar berkenaan emas ini malah kaum lelaki makin hebat memperkatakan tentang emas ini.
Dimana-mana saja sekarang ini...kaum lelaki telah pun memperkatakan tentang emas ini...."Bro..emas dah naik la....bestnya"....ada juga berkata....."alamak...nyesal tak beli mas ni awal2..".
Mana tidaknya....kehanyatan Public Gold/dinar telah melanda semua orang...termasuk la saya..
Dulu ingatkan...ada banyak duit dalam Bank @ ASB kira dah OK la tu...tahun2 dapat dividen tp rupa-rupanya byk lg cara nak memanipulasikan kewangan kita supaya lebih cepat kaya tanpa masuk MLM....dan sebagainya.
Beli emas....dapatnya emas la....realitinya emas ini mmg berharga...coz dulu dalam tahun 1980 an mak saya ada beli gelang mas dengan harga cuma RM500 dan baru-baru ini dia jualkan gelang itu dengan harga lebih RM10 ,000.00.
Fuhh...mmg berharga...macam jual tanah plak...bezanya beli tanah modalnya besar tp beli mas modalnya boleh diatur....sebulan boleh beli 1 dinar...12 bulan dpt 12 dinar....568 X 12 = RM6816.00. Simpan 2 tahun....insyaallah dapat jual dgn harga kenaikan 40% keatas(mcm tahun2 lepas la...)
Untungnya....kiralah sendiri bro.....tak disangkal lagi....
Jadi siapa2 nak beli dan jual emas bolehla contact saya...keikhlasan lebih penting dari keuntungan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails