Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti malaysia. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

SNOWALK @ i-city Shah Alam

Berjalan diatas salji...bestnya..
Seperti yang dijanjikan pada anak -anak ,cuti public holiday hari ni tak dilepaskan begitu saja...kami sekeluarga berkunjung ke Snowalk @ I-city Shah Alam. Berdasarkan pengalaman saya yang mengunjungi tempat ini minggu lepas, jadi kali ini kami datang waktu tengahhari sekitar jam 12nn..Sebab apa..??? Kelebihannya datang snowalk pada waktu ini ialah....
- Caj parking murah jer...per entry RM 1 ...
- Pengunjung tak ramai...senang jalan2 dalam snowalk..tangkap gambar pun tak de sapa ganggu.
- Parking dekat dan senang...coz banyak parking kosong
- Bayaran masuk Snowalk lebih murah...Cuma RM 20 dewasa jika sebelum pukul 6pm. Selepas 6pm Rm 25
  tetapi bagi sesiapa yang mempunyai mastercard anda boleh dapat harga yang lebih murah iaitu RM30 saja untuk 2 orang dewasa dan RM25 untuk 2 orang kanak-kanak.

Saya sekeluarga - 2 dewasa dan 4 kanak-kanak cuma RM 80.00 saja...memang berbaloi coz klu nak pegi oversea utk nak bermain salji tak der la harga tu kan....
dalam rumah ais...sejukkk...

binaan daripada bongkah ais

dalam iglu...rumah eskimo

main-main salji...bestnya...
Sedikit Info berkenaan Snowalk....
Taman tema Snowalk di I-City, Shah Alam telah pun dirasmikan pembukaannya pada 25 Disember 2010. Ianya merupakan taman tema salji terbesar di Malaysia dan bernilai RM20 juta.
Antara tarikan utama bagi pengunjung Snowalk ialah iglu, istana, kapal dan jambatan gantung yang diperbuat daripada salji dan diserikan dengan cahaya lampu berwarna-warni. Terdapat juga pelbagai permainan musim salji yang disediakan di Snowalk iaitu gelanggang luncur ais, keretapi, gelongsor salji dan beberapa permainan kanak-kanak.
Snowalk dibuka pada jam 10 pagi hingga 1 pagi untuk hari Isnin hingga jumaat, manakala pada jam 10 pagi hingga 2 pagi pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Taman tema ini sesuai untuk dikunjungi oleh semua golongan umur dan keluarga.
tarikan akan datang di i-city.....eye on malaysia.

Monday, December 12, 2011

i-City @ Shah Alam




Last week, saya bersama famili berkesempatan berkunjung ke pusat percutian keluarga I-City @ Shah Alam.
Pusat percutian moden yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Selangor ini terletak berdekatan dengan Uitm Shah Alam dan Pusat bandar Seksyen 7 Shah Alam.

Taman yang dipenuhi dengan pokok lampu berwarna warni
Taman yang dipenuhi dengan pokok-pokok lampu yang berwarna warni ini cukup mengujakan para pengunjungnya. Pokok-pokok yang pelbagai warna dan bentuk dapat dilihat disini. Walaubagaimanapun sewaktu kunjungan saya di i-city @ shah alam ini, pengunjung yang terlalu ramai menghadkan pergerakan saya & famili. Tak de tempat untuk duduk berehat dan keadaan sekitar yang agak lembab selepas hujan menyebabkan ketidakselesaan kami sekeluarga.


Snowalk yang menarik minat anak-anak
Tempat yang menarik minat anak-anak saya ialah SNOWALK.. Rumah salji..Memang menarik tetapi pengunjung yang terlalu ramai menimbulkan ketidakselesaan pada saya untuk masuk ke snowalk ini. Jadi... janji dibuat kepada anak-anak untuk datang lagi ke snowalk ini....bila...??...tunggu..?? Apa nak risau...kami pun bukannya tinggal jauh sangat dari I-City...
Bila dah berjanji ...apa lagi jom balikkk....nanti kami datang lagi ye...
Untuk makluman semua...masuk ke i-city ni tak dikenakan bayaran..cuma bila naik kereta caj per entry ialah RM10 bila masuk dari 6pm - 6 am. walaupun seminit jer masuk...nak untung  datang  la ramai-ramai ke I-city dengan berkongsi kereta...Klu nak murah lagi caj parking RM1 bila masuk dari 6am - 6pm..tapi tak dapat la tengok lampu...he..he..
Next week mesti kena datang lagi...coz dah janji dengan anak-anak nak masuk snowalk....mmph....

Sunday, June 12, 2011

MEE UDANG KUALA SEPETANG

Pada 3 hari yang lepas saya berkesempatan mengunjungi salah satu restoran mee udang di Kuala Sepetang.Terdapat beberapa restoran mee udang disini seperti Mak Su mee udang , Pak Hasim mee udang , Mak Jah mee udang dan lain-lain. Saya telah mengunjungi restoran Mak Jah mee udang yang memang popular di sini.
Sepinggan Mee Udang seperti diatas ;RM7.00
Mee Udang Special ; RM 11.00
MAHAL...???  Tak juga coz rasanya memang berbaloi...udangnya banyakkkk....puas makan udang bro...

KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM

Perjalanan saya dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu iaitu kira-kira 165 km telah mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 min. Perjalanan yang santai...tak terlalu pecut..tak terlalu perlahan. Pada mulanya...hajat ingin melalui jalan pantai tetapi telah diberi tunjuk arah yang salah oleh seorang rakan menyebabkan saya hanya melalui jalan kampung (jln besut).
Tiba jer di Kota Bharu..Kelainan dapat dirasai walaupun kedudukan muka bumi dan sosio ekonomi penduduk KB dan KT adalah sama. Yang paling menarik dan paling dikagumi ialah cara perniagaan pasar malam disekitar Kota Bharu. Apabila tiba jer AZAN berkumandang, semua urusniaga dihentikan secara spontan tanpa ada apa-apa arahan dari pihak berkuasa @ adanya penguatkuasaan..Inilah dinamakan cara hidup penduduk disebuah bandaraya islam.
Masjid Muhammadi Kota Bharu merupakan masjid ditengah-tengah Bandaraya KB. Program agama yang cukup padat dimasjid ini menjadikannya sebuah masjid yang cukup terkenal dikalangan orang-orang yang meminati pengajian ilmu agama.
Tetapi..AWAS kepada musafir-musafir yang mengunjungi bandaraya KB ini, pastikan meter parkir anda sentiasa dimasukkan duit yang mencukupi kerana penguatkuasa untuk saman parking cukup aktif di bandaraya ini tak kira siang ataupun malam.

Thursday, June 9, 2011

MASJID KRISTAL DAN BATU BERSURAT TERENGGANU

Kesempatan pertama saya ke Masjid Kristal ,Kuala Terengganu pada beberapa hari yang lepas walaupun masjid ini telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 2008. Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Pada pandangan saya masjid ini cukup menarik dengan seni rekaannya dan kawasan sekitarnya.Semasa lawatan saya terdapat satu program huffaz diadakan kepada anak-anak sekolah agama di Masjid Kristal ini. Pelancong dari dalam dan luar negara juga ramai yang mengunjungi Masjid ini.


Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al Quran elektronik.

Selain dari Masjid Kristal, Masjid Tengku Tengah Zaharah juga menarik perhatian saya dan keluarga. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Terapung. Saya telah beberapa kali melawat dan bersembahyang di Masid Terapung ini. Walaubagaimanapun kawasan sekitarnya banyak perubahan telah dibuat. Pantai yang dahulunya berdekatan dengan masjid ini telah ditambak menjadikan taman rekreasi....

Lagi satu yang menarik minat saya di Kuala terengganu ini ialah tentang Batu Bersuratnya...terdapat satu replika Batu Bersurat di tengah-tengah bandar Kuala terengganu.
Hari ini dalam sejarah.....Batu Bersurat telah dijumpai pada 1887 di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai tara, di Kampong Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi yang bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.

CUTI-CUTI MALAYSIA....KLANG-KUANTAN-KUALA TERENGGANU-KOTA BHARU-GRIK-KUALA KETIL-BUKIT MERTAJAM-TAIPING-KLANG

Saje..saje untuk tatapan pembaca blog SyamSGold...pengalaman saya menghabiskan cuti sekolah anak-anak bersama selama 2 minggu...dan saya pun bercuti juga selama 2 minggu...mmmphh...lamanya cuti...walaupun bercuti ,urusan biz tetap berjalan secara online...ha..ha....mudah kan..

Start 27hb jam 6.00 ptg ..kembara bermula dari klang ke kuantan selama 4 jam menyusuri Lebuh raya pantai timur sejauh 285km, bermalam semalam di kuantan dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu sejauh lebih kurang 200 km , bermalam selama 2 malam di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu . dari Kuala Trengganu meneruskan perjalanan ke Kota Bharu sejauh 170 km yang mengambil masa selama 3 jam. Di KB kami bermalam di Habib Hotel , Kota Bharu selama 2 malam. Seterusnya meneruskan perjalanan ke kuala ketil resort melalui lebuh raya timur barat gerik,perak.

Berehat di Kuala Ketil Resort selama 2 malam dan meneruskan perjalanan ke Bukit Mertajam iaitu rumah keluarga mertua. Bermalam selama 3 malam di BM dan meneruskan perjalanan ke Taiping, rumah ayah bonda di kampung Jambu,Taiping. Dari Taiping insyaallah akan menamatkan perjalanan saya di Klang pada hari Jumaat ini. Pada ketika ini masih berada di Taiping....beristirehat bersama keluarga tercinta. Buat masa ini (taiping) jumlah perjalanan saya ialah 1700 km. Taiping ke Klang jarak perjalanan sejauh 300 km lagi.

PART 2- Masjid Kristal dan Batu bersurat
PART 3- Kota bharu bandaraya islam
PART 4- Mee udang kuala sepetang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails