Thursday, June 9, 2011

MASJID KRISTAL DAN BATU BERSURAT TERENGGANU

Kesempatan pertama saya ke Masjid Kristal ,Kuala Terengganu pada beberapa hari yang lepas walaupun masjid ini telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 2008. Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Pada pandangan saya masjid ini cukup menarik dengan seni rekaannya dan kawasan sekitarnya.Semasa lawatan saya terdapat satu program huffaz diadakan kepada anak-anak sekolah agama di Masjid Kristal ini. Pelancong dari dalam dan luar negara juga ramai yang mengunjungi Masjid ini.


Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al Quran elektronik.

Selain dari Masjid Kristal, Masjid Tengku Tengah Zaharah juga menarik perhatian saya dan keluarga. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Terapung. Saya telah beberapa kali melawat dan bersembahyang di Masid Terapung ini. Walaubagaimanapun kawasan sekitarnya banyak perubahan telah dibuat. Pantai yang dahulunya berdekatan dengan masjid ini telah ditambak menjadikan taman rekreasi....

Lagi satu yang menarik minat saya di Kuala terengganu ini ialah tentang Batu Bersuratnya...terdapat satu replika Batu Bersurat di tengah-tengah bandar Kuala terengganu.
Hari ini dalam sejarah.....Batu Bersurat telah dijumpai pada 1887 di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai tara, di Kampong Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi yang bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails