Saturday, January 7, 2012

Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns

Berita Harian Online | Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns

 

2012/01/07

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.

Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA

Wednesday, January 4, 2012

SEAWALKING @ SAPI ISLAND


Anda pernah berjalan dalam air laut yang dalam..?? Bagaimana ya...tak kan tak terapung plak @ tenggelam terus..?? Lihat video diatas...ini namanya SEAWALKING. Realiti bukan fantasi...Aktiviti Seawalking ini telah saya lakukan di Pulau Sapi, Sabah. Teknologi korea yang pertama di Malaysia dan di Pulau Sapi ini saja anda boleh melakukan aktiviti berjalan dalam air laut yang dalam....bukan snorkling ye...

Semasa didalam air laut yang dalam ni...terasa arus air laut yang bergelora tetapi kita boleh memegang tali yang telah disediakan pada dasar laut. Anda boleh jalan-jalan dalam laut dan memberi ikan-ikan makan.Memang banyak ikan-ikan yang berwarna warni didapati disini yang begitu jinak...Andapun boleh pegang ikan-ikan ini. Memang best..!!
Beri ikan makan didasar laut...kena pegang tali coz arus pun deras

Aktiviti Seawalking selama lebih kurang 30 minit ini betul-betul menguji ketahanan dan kemantapan fizikal anda.Lu fikirla sendiri.... 3 orang jer (termasuk jurukemera) jalan ditengah-tengah lautan ....serammm..takut ada jaws...he..he..

Sedikit penerangan berkenaan aktiviti Seawalking ini...dari Kota kinabalu saya telah menaiki speed boot ke pulau sapi yang mengambil masa 20 minit. Dipulau sapi saya telah diberi penerangan berkenaan aktiviti seawalking ini. bagaimana prosedur dan tahap keselamatan yang perlu diambil kira semasa didalam laut. dari pulau sapi ,saya telah dibawa menaiki boot lagi ketengah laut iaitu lokasi pengkalan terapung untuk seawalking ini.
main dengan NEMO yang jinak

Selepas memakai helmet dan kasut yang disediakan sayapun turun kedasar laut ditemani kawan saya sorang.
Memang menarik melihat keindahan dasar laut dengan terumbu karang dan ikan-ikan yang masih belum pupus di perairan pulau sapi ini.
tengah bercakap dengan ikan...he..he..
Andai kata anda dapat menamatkan xpdc dasar laut ini, anda akan dapat sijil spt ni.

Tuesday, January 3, 2012

GOLD COAST MORIB RESORT- TEMPAT PERCUTIAN YANG MENARIK UNTUK KELUARGA

Weekend yang lepas,diambang sambutan tahun baru 2012 Saya sekeluarga berkunjung ke Gold Coast Morib Resort. Ramai juga pengunjung sewaktu saya check in walaupun hari itu hari jumaat. Maklumat yang saya dapat dari pihak Gold Coast pada hari sabtu dan ahad telahpun fully booked.

Check in yang mengambil masa kira-kira 30 minit terasa lama kerana anak-anak dah tak sabar untuk ke water park.
Apabila anda check in,anda akan dapat kad ini
Harga sebenar untuk studio room ialah RM 400 sebilik tetapi anda akan dapat diskaun sehingga harga sebilik menjadi RM 290. Harga tersebut termasuk tiket untuk ke waterpark bagi 2 orang dewasa. Harga adalah mengikut keadaan semasa bukannya mengikut weekday atau weekend.
Oleh kerana saya mempunyai unit di Gold Coast ini jadi saya cuma menggunakan voucer yang telah diberikan kepada setiap pemilik kad diamond.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli voucer saya,bolehlah contact saya ditalian 012-2622234. Pastinya saya akan berikan harga yang lebih rendah dari harga diatas.
Lihat gambar-gambar sekitar Gold Coast MorIb Resort.





Datang je ke Gold Coast Morib ini, Pastinya tujuan utama ialah mandi...mandi...dan mandi...bukannya anak-anak saja yang berfikiran begitu malah ibubapa juga teruja dengan kemudahan yang disediakan di water park ini.Semuanya best...
Apalagi  jom mandi......

seperti sungai yang mengalir


gelonsor air

Playground pun ada di Gold Caost Morib Resort

playground untuk anak-anak...selamat main kat sini


Boleh race kat sini..siapa laju...


Tempat air cetek...baby pun boleh main air.

Swimming pool...lebih dalam untuk para penyelam

dah letih main kat water park..boleh berjakuzi pulak dalam bilik
Selain water park @ taman tema air, Gold Coast Morib Resort adalah sebuah resort yang berkedudukan ditepi pantai, jadi jika anda berminat dengan aktiviti pantai ...pilihan ditangan anda....main pasir ke...atau apa-apapun...semuanya boleh di Gold Coast Morib Resort. Sebuah resort yang pertama seumpamanya di Malaysia yang berada ditepi pantai (sea view) dan mempunyai taman tema air. tak rugi jika anda berpeluang bercuti di taman tema air ini yang berada di Morib, Selangor.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails