Thursday, December 30, 2010

PIALA EMAS ...SUZUKI CUP 2010



ALHAMDULILLAH... Harimau Malaya telapun memenangi Piala Suzuki AFF 2010 pada malam semalam dengan agreget 4-2 . Malaysia telah mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno,Indonesia.
Nampaknya EMAS bukan sahaja diminati oleh sebahagian orang tetapi dalam sukan pun semua orang mahukan EMAS. Piala EMAS telahpun dimiliki oleh MALAYSIA...Tahniah !!
EMAS lambang kemegahan buat semua......
Keunggulan Sinaran EMAS anda....jom beli emas....

Tuesday, December 28, 2010

BERAPA NILAI WANG ANDA..


Apa yang dimaksudkan dengan matawang...??? Secara mudahnya matawang itu ialah satu bentuk medium pertukaran yang digunakan untuk menukar atau membeli sesuatu benda yang mempunyai nilai, mungkin juga matawang itu berbentuk sehelai kertas mahupun kulit kerang atau daun.Pada zaman dahulu kulit kerang juga digunakan sebagai matawang tetapi abad ini matawang yang digunakan hanyalah sehelai kertas yang bercetak..

Wang kertas sekarang mempunyai nilai yang telah ditetapkan nilainya dan mempunyai harga yang tersendiri mengikut ketentuan pentadbiran sesebuah negara ataupun ekonomi sesebuah negara itu.

Cuba anda pegang dan perhatikan not kertas yang bernilai RM100. Adakah anda rasa ia bernilai sekadar muka depan dan belakangnya bercetak RM100. Rasanya tidak...Wang kertas itu tidak mempunyai apa-apa nilai sekiranya sesebuah negara itu tidak menetapkan nilainya. Jika berlaku peperangan di sesebuah negara dan anda berada di negara tersebut dan mempunyai sebanyak mana wang kertas dan cuba gunakannya....adakah ia dapat digunakan pada ketika itu ??....MUNGKIN TIDAK....

Bagaimana pula dengan EMAS...
- Satu benda yang tidak boleh diadakan...
- satu benda yang semakin berkurangan..
- satu benda yang mempunyai nilai yang tinggi di semua tempat di dunia...

Jadi...Simpanlah EMAS sekarang..untuk masa depan anda...

Friday, December 24, 2010

SAYA SIARKAN IKLAN NUFFNANG



Sebenarnya dah lama saya nak join iklankan nuffnang ni tapi masanya belum tiba...tapi hari ni entah macammana je hati kecil ini tergerak untuk klik nuffnang salah seorang blogger...rasanya blog cikgu comel kot...he..he...dan terus mendaftarkan blog syamsgold kedalam nuffnang...

Para pelawat blog SyamSGold sudi-sudilah klik kan iklan nuffnang saya ni....Rezeki ada dimana-mana....
pastinya harge emas pun semakin meninggi....dan pastinya  income pasif saya menjadi keuntungan berganda bagi saya.... 
Anda bila lagi...??? Jom beli....simpan....jual...EMAS..
Sinaran Emas Anda....Keuntungan berganda Anda...

Saturday, December 18, 2010

DR MAHATHIR GALAK RAKYAT SIMPAN EMAS

Keratan akhbar dari Utusan Malaysia 18 Dec 2010....


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.
"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.
"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.
Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.
MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.
Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).
Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.

Itu kata dan pemikiran Dr Mahathir.....
YB Dato' Nik Aziz dan Dato Husam Musa juga berpendapat yang sama......Anda bagaimana...?????

Saturday, December 11, 2010

ASB vs EMAS...... MANA KEUNTUNGAN BERGANDA ANDA ??



Entri kali ini ,Syamsgold ingin membuka pandangan tuan/puan berkenaan pelaburan ASB yang diminati ramai terutamanya pakcik makcik yang katanya cukup tahun dapat dividen...!!
Bagi yang muda pula mereka lebih suka buat Fixed deposit (FD). Kata mereka modal kecil jadi besaq....!! Fuyoo.... tapi tuan/puan diluar sana jangan marah pula dengan pendedahan syamsgold ini kerana ini adalah fakta dan hakikat sebenar dunia pelaburan...berkatalah benar walaupun ianya pahit untuk ditelan.......he...he.....

Berapa dividen dan bonus untuk setahun anda menyimpan di ASB ??.
selama 10 tahun yang lepas purata dividen & bonus ASB cuma 10.99 % saje...
Sejak tahun 1991...tak pernah lebih dari 12.50 % setahun.
Anda lihat carta dividen ASB di bawah bagi 18 tahun yang lepas.

                                                   Average :  8.23    2.76         10.99


Ini dia pengumuman dividen untuk ASB ..cuma 8.55 % jer........nampak best...tapi sikitnya berbanding apa yang akan saya ceritakan dibawah nanti......


Cadangan saya apa kata jika anda semua beralih arah kepada cara pelaburan lain yang lebih mantap .
pelaburan alternatif yang dapat memberikan pulangan sebanyak 20 % - 30 % setahun,
yang lebih terjamin kestabilannya berbanding matawang ,
dan diakui sejak zaman rasullullah s.a.w hinggalah sekarang dan selamanya....

Tukarlah kepada....

EMAS...
dulu , kini dan selamanya....keuntungan berganda anda.

Anda sendiri tahu bagaimana kenaikan harga emas saban tahun....
tapi...kenapa anda tidak bertindak sekarang dengan membiarkan harga emas makin naik....dan naik....
dan anda masih menyimpan tabungan anda dalam bentuk wang ringgit...
Wang ringgit = Inflasi
seperti kata-kata Dr Mahadhir - " Dollar seperti tisu tandas".

tapi EMAS tidak begitu....
EMAS = sifar Inflasi
Jika anda menyimpan emas..sejarah membuktikan...pasti anda tidak akan rugi .
semakin lama anda menyimpan emas...makin tinggi harga emas....makin banyak keuntungan anda.
jika anda menyimpan wang ringgit....makin lama makin jatuh nilai wang ringgit.. makin rugi anda.
lihatlah suatu masa dahulu nilai RM 10 boleh membeli bekalan makanan lebih dari seminggu
sekarang apa yang anda boleh buat dengan RM 10 tersebut....

Dizaman rasullullah s.a.w  1 ekor kambing = 1 dinar
Sekarang pun 1 ekor kambing = 1 dinar

nampaknya sejarah juga membuktikan EMAS tidak pernah merugikan ummah
masih blur....lihat jadual harga emas selama 10 tahun ni...


Harga emas pada 4 Jan 2000 = USD 281.50/oz
Harga emas pada 4 Jan 2010 = USD 1121.50/oz
lihat perbezaan harga bagi 10 tahun.... kenaikan yang berganda...


Memberangsangkan ....keuntungan berganda anda ..dalam masa 5 tahun sahaja kenaikan 192.45 %
lihat jadual dibawah...



Jika anda beli emas PG pada 15 /5 /2009 harganya seperti dibawah:

Jika anda beli Emas PG pada 5/12/2010 harganya seperti dibawah:-

WOW....Anda sudah tahu nikmatnya menyimpan EMAS......lambang kekayaan anda
Apa pilihan anda sekarang ???

Wang ringgit /ASB   @  EMAS ???
tepuk dada....tanyalah iman,nafsu dsg....pasti jawapannya.....EMAS

Sejarah telah membuktikannya....
Apa tunggu lagi...call SYAMSGOLD sekarang....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails