Saturday, July 30, 2011

PROMOSI SEMPENA RAYA - HARGA RUNTUH UNTUK SEMUA

Tinggal 2 hari lagi umat Islam akan menempuhi bulan Ramadhan Al Mubarak. SYAMS GOLD mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua pelanggan dan pengunjung blog SYAMSGOLD.....semoga kalian menempuhi bulan yang mulia ini dengan tabah dan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelum ini.Insyaallah...
Sempena bulan puasa dan raya ini juga SYAMSGOLD menawarkan harga PROMOSI yang cukup memberi kejutan kepada semua....PROMOSI DENGAN HARGA RUNTUH bagi BARLEY PEANUT CANDY..
Pastinya harga yang cukup murah dan rendah dipasaran waktu kini..Hanya sah untuk promosi raya tahun 2011. 

HARGA PROMOSI SEMPENA HARI PERAYAAN :-
15 kotak ( 150kg) =RM 3000 (RM 20 sekilo). 
*Harga yang termurah dipasaran.


Lain-lain harga seperti dibawah:-
1 kotak (10kg) = RM 230
3 kotak (30kg) = RM 660
7 kotak (70kg) = RM 1470

JADI....Apa tunggu lagi......CALL 012-2622234.

Friday, July 1, 2011

PEANUT CANDY - PENGEDAR DIPERLUKAN

SyamSGold sebagai pemborong dan pembekal Peanut Candy mengalu-alukan sesiapa sahaja menjadi pengedar atau jurujual Peanut candy secara mudah...tidak memerlukan modal yang tinggi dan tiada minimun jualan bulanan. Anda cuma bermodalkan 6 kg peanut candy = rm 138.00 dan anda terus boleh jual dengan harga pasaran sekarang iaitu rm 35/kg.

MODAL ANDA = Rm 23 /kg     ANDA JUAL = Rm 35/kg
6 kg anda beli = RM 138
6 kg anda jual = RM 210

KEUNTUNGAN ANDA = RM 72
Keuntungan secara mudah, tidak memerlukan penajaan, maintain bulanan dan pastinya masih kurang saingan jualan ditempat anda.....fikir-fikirkanlah...

Lagi banyak anda ambil...maka lagi banyak keuntungan yang anda dapat...
maksudnya lagi banyak anda beli dengan saya maka harganya semakin berkurangan.

HARGA BORONG YANG DITAWARKAN KEPADA SEMUA PENGEDAR PEANUT CANDY.
6 KG = ANDA BELI DENGAN HARGA RM 23/KG.
30 KG = ANDA BELI DENGAN HARGA RM 22/KG.
70 KG = ANDA BELI DENGAN HARGA RM 21/KG.

BUAT KEPUTUSAN SEGERA...JADILAH PENGEDAR PEANUT CANDY DITEMPAT ANDA SEBELUM ORANG LAIN MENDAHULUI  ANDA..
PEANUT CANDY....SNACKS KEGEMARAN RAMAI....TUA MUDA MISKIN DAN KAYA...pasti meminatinya.....

Friday, June 17, 2011

RIZAB EMAS NEGARA DI DUNIA

Diatas merupakan Rizab Emas bagi 
negara-negara di dunia. 
Lihat US menduduki tempat pertama 
dengan 8133.5 tonnes manakala Malaysia 
pula menduduki tempat ke 45 
dengan 36.3 tonnes.

Monday, June 13, 2011

ASB VS GOLD.....HUKUMNYA.....

SyamSGold telahpun menuliskan tentang ASB pada beberapa entri yang lepas..tetapi itu dari sudut material. Pada entri kali ini SyamSGold ingin mengutarakan tentang HUKUM pelaburan ASB dan juga EMAS....
anda tahu..?? kalau anda sudah tahu...ini sebagai renungan semata-mata yer....

HUKUMNYA TIDAK HALAL 
VS
HALAL DAN SAH JIKA IANYA EMAS FIZIKAL DAN TIDAK DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI RIBA   
Kenapa ASB dikatakan TIDAK HALAL..??
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.
Lihat surat dibawah.....
Surat dari Jabatan Mufti Negeri Selangor...sumber blog islamituindah

Walaupun pelaburan EMAS dikatakan HALAL dan SAH tetapi ada beberapa syarat supaya ianya tetap HALAL contohnya....
 - Anda beli emas mestilah dapat emas...jangan pula buat pelaburan emas seperti beli emas tapi cuma dapat buku akaunnya jer....emasnya tiada....
- Jangan pula menggunakan Emas itu sebagai aktiviti riba
- D.L.L.

                                                                               
                                                                                 BY


Sunday, June 12, 2011

MEE UDANG KUALA SEPETANG

Pada 3 hari yang lepas saya berkesempatan mengunjungi salah satu restoran mee udang di Kuala Sepetang.Terdapat beberapa restoran mee udang disini seperti Mak Su mee udang , Pak Hasim mee udang , Mak Jah mee udang dan lain-lain. Saya telah mengunjungi restoran Mak Jah mee udang yang memang popular di sini.
Sepinggan Mee Udang seperti diatas ;RM7.00
Mee Udang Special ; RM 11.00
MAHAL...???  Tak juga coz rasanya memang berbaloi...udangnya banyakkkk....puas makan udang bro...

KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM

Perjalanan saya dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu iaitu kira-kira 165 km telah mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 min. Perjalanan yang santai...tak terlalu pecut..tak terlalu perlahan. Pada mulanya...hajat ingin melalui jalan pantai tetapi telah diberi tunjuk arah yang salah oleh seorang rakan menyebabkan saya hanya melalui jalan kampung (jln besut).
Tiba jer di Kota Bharu..Kelainan dapat dirasai walaupun kedudukan muka bumi dan sosio ekonomi penduduk KB dan KT adalah sama. Yang paling menarik dan paling dikagumi ialah cara perniagaan pasar malam disekitar Kota Bharu. Apabila tiba jer AZAN berkumandang, semua urusniaga dihentikan secara spontan tanpa ada apa-apa arahan dari pihak berkuasa @ adanya penguatkuasaan..Inilah dinamakan cara hidup penduduk disebuah bandaraya islam.
Masjid Muhammadi Kota Bharu merupakan masjid ditengah-tengah Bandaraya KB. Program agama yang cukup padat dimasjid ini menjadikannya sebuah masjid yang cukup terkenal dikalangan orang-orang yang meminati pengajian ilmu agama.
Tetapi..AWAS kepada musafir-musafir yang mengunjungi bandaraya KB ini, pastikan meter parkir anda sentiasa dimasukkan duit yang mencukupi kerana penguatkuasa untuk saman parking cukup aktif di bandaraya ini tak kira siang ataupun malam.

Thursday, June 9, 2011

MASJID KRISTAL DAN BATU BERSURAT TERENGGANU

Kesempatan pertama saya ke Masjid Kristal ,Kuala Terengganu pada beberapa hari yang lepas walaupun masjid ini telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 2008. Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Pada pandangan saya masjid ini cukup menarik dengan seni rekaannya dan kawasan sekitarnya.Semasa lawatan saya terdapat satu program huffaz diadakan kepada anak-anak sekolah agama di Masjid Kristal ini. Pelancong dari dalam dan luar negara juga ramai yang mengunjungi Masjid ini.


Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al Quran elektronik.

Selain dari Masjid Kristal, Masjid Tengku Tengah Zaharah juga menarik perhatian saya dan keluarga. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Terapung. Saya telah beberapa kali melawat dan bersembahyang di Masid Terapung ini. Walaubagaimanapun kawasan sekitarnya banyak perubahan telah dibuat. Pantai yang dahulunya berdekatan dengan masjid ini telah ditambak menjadikan taman rekreasi....

Lagi satu yang menarik minat saya di Kuala terengganu ini ialah tentang Batu Bersuratnya...terdapat satu replika Batu Bersurat di tengah-tengah bandar Kuala terengganu.
Hari ini dalam sejarah.....Batu Bersurat telah dijumpai pada 1887 di kawasan Padang Tara, di tepi Sungai tara, di Kampong Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Batu ini bertulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi yang bertarikh 702 Hijrah. Tulisan pada Batu ini menerangkan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu berserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.

CUTI-CUTI MALAYSIA....KLANG-KUANTAN-KUALA TERENGGANU-KOTA BHARU-GRIK-KUALA KETIL-BUKIT MERTAJAM-TAIPING-KLANG

Saje..saje untuk tatapan pembaca blog SyamSGold...pengalaman saya menghabiskan cuti sekolah anak-anak bersama selama 2 minggu...dan saya pun bercuti juga selama 2 minggu...mmmphh...lamanya cuti...walaupun bercuti ,urusan biz tetap berjalan secara online...ha..ha....mudah kan..

Start 27hb jam 6.00 ptg ..kembara bermula dari klang ke kuantan selama 4 jam menyusuri Lebuh raya pantai timur sejauh 285km, bermalam semalam di kuantan dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu sejauh lebih kurang 200 km , bermalam selama 2 malam di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu . dari Kuala Trengganu meneruskan perjalanan ke Kota Bharu sejauh 170 km yang mengambil masa selama 3 jam. Di KB kami bermalam di Habib Hotel , Kota Bharu selama 2 malam. Seterusnya meneruskan perjalanan ke kuala ketil resort melalui lebuh raya timur barat gerik,perak.

Berehat di Kuala Ketil Resort selama 2 malam dan meneruskan perjalanan ke Bukit Mertajam iaitu rumah keluarga mertua. Bermalam selama 3 malam di BM dan meneruskan perjalanan ke Taiping, rumah ayah bonda di kampung Jambu,Taiping. Dari Taiping insyaallah akan menamatkan perjalanan saya di Klang pada hari Jumaat ini. Pada ketika ini masih berada di Taiping....beristirehat bersama keluarga tercinta. Buat masa ini (taiping) jumlah perjalanan saya ialah 1700 km. Taiping ke Klang jarak perjalanan sejauh 300 km lagi.

PART 2- Masjid Kristal dan Batu bersurat
PART 3- Kota bharu bandaraya islam
PART 4- Mee udang kuala sepetang

Tuesday, May 24, 2011

GOLD COAST MORIB RESORT .....LOKASI PERCUTIAN YG MENAKJUBKAN


Pada weekend yang lepas SyamSGold telah pergi ke Gold Coast Morib Resort melihat salah satu unit resort yang telah dibeli .Menurut pengurusan Gold Coast Morib Resort (GCMR), unit SyamSGold ini telahpun siap dan boleh didiami. Asal jer nama GOLD....SyamSGold memang berkeinginan memilikinya...dan telah terbukti pada hari ini satu unit dari GCMR ini telah dimiliki oleh SyamSGold.

Gold Coast Morib Resort ialah sebuah resort ditepi pantai Morib iaitu jaraknya 10 min dari pekan Banting, 35 min dari KLIA dan LCCT.

Memang mengasyikkan....Sebuah resort yang pertama seumpamanya di Malaysia yang mempunyai Water Theme Park ditepi pantai . SyamSGold memang teruja apabila melihat keistimewaan resort yang dilengkapi taman tema air ini di tepi pantai yang cukup menarik di Negeri Selangor.
Gambar-gambar CCMR untuk tontonan anda semua.....


cantik....menarik

Water theme park....mengasyikan para pengunjung

Pandangan dari laut

Pantai yang memutih dengan langskap yg menarik

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MENYEWA DI GOLD COAST MORIB RESORT...SILA HUBUNGI SYAMSGOLD BAGI MENDAPATKAN DISKAUN ISTIMEWA  DENGAN TEMPAT PERCUTIAN YANG MENARIK DI GCMR.

Monday, May 16, 2011

4 SEBAB UTAMA HARGA EMAS AKAN TERUS NAIK

Entri kali ini SyamSGold ingin mengenegahkan isu turun naik harga emas.Nampaknya, sejak bermulanya tahun 2011 ni kita dapat lihat turun naik yang banyak pada harga emas... Di sini, saya ada sedikit artikel untuk dikongsi bersama para pembaca semua...


James Digeorgia, pakar pelaburan emas dan komoditi,
juga pengasas Gold and Energy Advisor

Di dalam buku The Trader’s Great Gold Rush, karangan James DiGeorgia, beliau yakin harga emas boleh naik mencecah USD 2500/Oz kerana 4 sebab utama, iaitu:

1) Emas adalah merupakan komoditi dimana harganya akan naik atau turun berdasarkan permintaan pasaran.

2) Nilai USD yang lemah akan meningkatkan harga emas

3) Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis politik (perang atau ketidakstabilan politik)

4) Peranan emas sebagai pelindung ketika krisis ekonomi.

Beliau menyatakan “Apa yang menarik mengenai harga emas ialah trend kenaikan harga emas - bull market boleh bertukar menjadi raksasa”.

Harga emas tidak akan naik terus menerus dalam garisan lurus, akan berlaku penurunan harga semasa proses kenaikan (market correction), tetapi di dalam jangkamasa panjang harga emas akan meningkat.

Beliau memberikan nasihat berikut "Beli emas sebagai pelaburan sekarang sebelum pasaran emas menjadi panas (orang berpusu-pusu membeli emas). Lepas tu kita boleh bergembira melihat kenaikan harga emas daripada USD1000 kepada USD2500″

Penting bagi anda sekarang untuk MEMBELI EMAS DI BILA ADA DUIT...JANGAN TUNGGU BILA HARGA EMAS AKAN TURUN. Potensi kenaikan harga emas adalah tinggi pada masa ini. Ada duit beli jer emas sebagai aset yang tidak akan susut nilai dan ditelan inflasi.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails