Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut: 
Bagaimana  pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank?  Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan  melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun  Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika  mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh  dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh  dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja  adakah ianya SAH disegi Islam?
Soalan 2
Saya  telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service  1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas  ini.
Dari maklumbalas yang diberikan ialah:
Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.
Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.
Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.
Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.
Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.
Dari maklumbalas yang diberikan ialah:
Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.
Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.
Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.
Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.
Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.
JAWAPAN 
Tidak  dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak  menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan  positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang  mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi  mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan  maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut  :-
Apabila  seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia  bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila  harga emas meningkat.
Oleh  kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini  bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman  kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti  berikut :- 
• HARAM DAN BATAL :  Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli  daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga  pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank  telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba  telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.
• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu. 
 Sebagai  contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli  emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan  sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya). 
• HALAL DAN SAH :
Setelah  anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu  memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah.  Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.     Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam  bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang  telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut  emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini  bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit  fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai  tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di  sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)  

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah  melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank  terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun  pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :
1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA :  mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak  pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka.  Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah  diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis  Syariah bank berkenaan.
Apabila  kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad  simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah  jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.
2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud  saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa  yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih  pelanggan yang berlainan. 
Pelanggan  Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah  Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di  kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja.  Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja  yang sah.
3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL :  Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan  sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam  bank tempatan, cek tempatan. 
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa. 
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal'  tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan  juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar  Abu Ghuddah.
4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini. 
Namun  akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan  sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas  fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan  beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti  pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala  itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia. 
KESIMPULAN 
Bagi  sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih  dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun  pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim  pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan  tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini  kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya  berada di perantauan. 
Jika  anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya  utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan  tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua  persoalan di atas telah LULUS.- Ust Zaharuddin.
saya setuju sgt...emas fizikal boleh digunakan dimana-mana jua tanpa mengira masa...darurat mahupun peperangan..
ReplyDelete