Tuesday, December 28, 2010

BERAPA NILAI WANG ANDA..


Apa yang dimaksudkan dengan matawang...??? Secara mudahnya matawang itu ialah satu bentuk medium pertukaran yang digunakan untuk menukar atau membeli sesuatu benda yang mempunyai nilai, mungkin juga matawang itu berbentuk sehelai kertas mahupun kulit kerang atau daun.Pada zaman dahulu kulit kerang juga digunakan sebagai matawang tetapi abad ini matawang yang digunakan hanyalah sehelai kertas yang bercetak..

Wang kertas sekarang mempunyai nilai yang telah ditetapkan nilainya dan mempunyai harga yang tersendiri mengikut ketentuan pentadbiran sesebuah negara ataupun ekonomi sesebuah negara itu.

Cuba anda pegang dan perhatikan not kertas yang bernilai RM100. Adakah anda rasa ia bernilai sekadar muka depan dan belakangnya bercetak RM100. Rasanya tidak...Wang kertas itu tidak mempunyai apa-apa nilai sekiranya sesebuah negara itu tidak menetapkan nilainya. Jika berlaku peperangan di sesebuah negara dan anda berada di negara tersebut dan mempunyai sebanyak mana wang kertas dan cuba gunakannya....adakah ia dapat digunakan pada ketika itu ??....MUNGKIN TIDAK....

Bagaimana pula dengan EMAS...
- Satu benda yang tidak boleh diadakan...
- satu benda yang semakin berkurangan..
- satu benda yang mempunyai nilai yang tinggi di semua tempat di dunia...

Jadi...Simpanlah EMAS sekarang..untuk masa depan anda...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails