Pada 12 ogos 2010 Negeri Kelantan telah melancarkan matawang syariah dinar dan dirham.Ini menunjukkan dinar emas ini memang tidak dinafikan kehebatannya dan menampakkan masa depan yang cerah dalam urus niaga masa hadapan.Disini saya sunting berita yang dikeluarkan oleh Bernama. | ||||
Bagaimanapun, katanya, masih banyak soal teknikal yang perlu diatasi oleh kerajaan negeri sebelum dapat melaksanakannya.
"Kita bercadang mengamalkan semua urusniaga dan membayar gaji kakitangan menggunakan mata wang syariah, iaitu dinar emas dan dirham ini secara menyeluruh tidak lama lagi," katanya pemberita selepas majlis pelancaran dinar emas di Kota Bharu, hari ini.
Dinar emas dan dirham itu dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade (KGT) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Nik Abdul Aziz, yang juga Pengerusi PMBK berkata, sehingga ini lebih 1,000 peniaga bersetuju menggunakan emas dinar dan dirham sebagai mata wang alternatif untuk berurusniaga di premis mereka.
Selain itu, Tabung Haji dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bersetuju menjadi ejen dan menerima mata wang syariah itu untuk berurusniaga.
Beliau berkata, tidak ada sebab urusniaga mengunakan mata wang syariah ini tidak boleh diamalkan di negeri ini kerana penggunaannya telah diamalkan sebelum kejatuhan Kerajaan Othmani di Turki.
Sehubungan itu, beliau menggalakkan semua pihak menggunakan mata wang syariah itu secara menyeluruh dan bukan untuk negeri ini sahaja.
Menarik bukan....jadi apa tunggu lagi..dapatkan dinar emas sekarang..call syamsgold untuk runding mengenai emas : 012-2622234
No comments:
Post a Comment