Sunday, November 14, 2010

HARGA PASARAN EMAS DUNIA .....MALAYSIA BAGAIMANA..???

       Anda tahu bagaimana penetapan harga emas pasaran dunia dan harga emas di Malaysia.?? dan mengapa harga emas antara satu kedai dengan kedai yang lain berbeza?
       Begitu juga mengapa harga emas kat dalam TV dan dalam suratkhabar lebih murah daripada harga emas di Kedai Emas, Maybank, Public Bank dan  Public Gold ?
       Untuk makluman anda, Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia. Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di Malaysia.Walaupun harga emas dunia berubah setiap minit dan saat, namun harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan saat. Sebaliknya harga emas di kedai boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan.Ini membolehkan kedai emas menjalankan urusniaga dengan lancar ( tak ker susah kalau hage emas dikedai emas berubah-rubah.....)

Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA dan Maybank GSPA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit. Harga Kijang Emas dan UOB pula berubah sehari sekali.Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di dalam menetapkan harga emas mereka.
      Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditentukan oleh penjual emas. Anda boleh lihat harga emas antara satu penjual adalah berbeza dengan penjual yang lain. Ini kerana setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza.Antara kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji pekerja dan bermacam-macam jenis kos lagi. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa.
       Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold. (spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia untuk belian dan jualan (on the spot).
http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html


Selain melihat terus harga spot gold daripada jadual diatas, adalah lebih baik sekiranya anda tahu cara-cara mendapatkan harga ini secara manual.Pengiraan harga emas dunia daripada USD kepada Ringgit Malaysia.
Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
1. Harga emas di dalam USD
2. Kadar pertukaran diantara USD kepada Ringgit Malaysia.

Mari kita lihat dengan terperinci:
        Fakta: Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM.
 USD makin lemah, RM semakin kuat.

Gambar: Di dalam USD, harga emas naik banyak



.
Gambar: Sebab RM kuat, maka harga emas dalam RM naik lebih perlahan.

(p/s: Pengiraan ini adalah untuk membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, tetapi untuk pengetahuan anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan menjual emas di atas harga spot gold)

Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain contohnya Public bank,Maybank, UOB Bank dan sbgnya. (lihat page jual beli emas - harga emas)

Harga barang kemas di Malaysia.



Bagi barang kemas, kebanyakan kedai-kedai emas menggunakan harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my/ sebagai panduan.
Namun begitu harga ini adalah panduan semata-mata. Ada di kalangan peniaga emas yang memberikan diskaun beberapa ringgit segram daripada harga FGJAM ini.

(p/s: Jika anda membeli barang kemas di kedai emas maka anda akan dikenakan kos harga emas + workmanship)

Kesimpulan:

Saya berharap artikel ini membantu anda mengetahui:

1.Kenapa harga emas dalam RM kadang kadang naik slow walaupun di dalam USD
   harga emas naik banyak.

2. Kenapa harga emas berbeza diantara satu penjual dengan penjual yang lain.

Sebarkan ilmu emas ini kepada rakan rakan anda sekarang. Pastinya mereka akan berterima kasih kepada anda.
Disunting dari bijak sekarang untung masa depan.


Wednesday, October 6, 2010

PENTINGNYA BERZAKAT PADA EMAS ANDA

Contoh emas yang disimpan....Public Gold


Berzakat ialah satu kewajipan bagi semua umat Islam apabila cukup syarat-syaratnya.Dengan mengeluarkan zakat harta anda akan subur dan semakin bertambah....dan pastinya anda tidak akan papa kedana dengan berzakat....jadi apa tunggu lagi....jom berzakat ....!!

ZAKAT EMAS...
Emas adalah antara jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

 Contoh Emas perhiasan

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

sumber : Pusat Zakat MAIWP.

Tuesday, September 21, 2010

"DOOR GIFT" UNTUK MAJLIS ISTIMEWA ANDA

Hari Raya dahpun berlalu....Kini tiba pula musim majlis "open house" sempena perayaan ini.Begitu juga dengan majlis pertunangan, perkahwinan, birthday, Malam mesra ditempat kerja dan sebagainya........inilah masanya masing-masing memikirkan apakah yang perlu dibuat supaya majlis yang dirancang nampak ekslusif dan ada kelainan.

SyamSGold masih mempromosikan Barley Peanut Candy ....... mungkin sesuatu yang baru tetapi sangat eksklusif berbanding kuih bahulu...dodol....telur yang mungkin sudah biasa dimajlis-majlis perkahwinan.

"Door gift" dari pihak tuan rumah merupakan satu kemestian bagi setiap majlis perkahwinan atau pertunangan.
Apa kata saya mencadangkan kepada anda "door gift" yang menarik dan istimewa untuk para tetamu anda semua....Saya memberikan 3 pilihan untuk anda .....khas untuk tetamu biasa, istimewa dan juga VVIP..
Anda pasti teruja......

cantik ,kelainan.......dan eksklusif
                                                       GIFT PEK SILVER

                                                             HARGA ; RM 5.50
                                           - Kotak empat segi tepat transprent  
                                           - saiz 7.5 cm x 7.5 cm, tinggi 5.5 cm
                                           - Ada 10 pcs BARLEY PEANUT CANDY
                                           - Sekuntum bunga kecil yang comel


                                                     GIFT PACK GOLD
  HARGA : RM 7.00
- Bekas bujur transprent
diameter 40.5 cm
- Ada 15 pcs BARLEY PEANUT CANDY
- Sekuntum bunga kecil yang comel

P/S... Tempahlah untuk kelainan buah tangan anda.....kelainan pasti diingati..

Bagi sesiapa yang order melebihi 200 pcs mana2 seperti diatas,pihak SyamSGold akan menghadiahkan stiker nama silver/gold yang tertulis nama majlis anda spt ini :                  

  • Majlis Perkahwinan
  • Aiman & Aini  
  • 11 Dis 2010.


JUALAN BARLEY PEANUT CANDY LOOSE PACK MASIH DITERUSKAN..pelbagai harga
RM24..RM23..RM22...RM21 PER KG...Scroll down to my oldest post..

Sunday, September 19, 2010

DUIT RAYA....TUKARKAN KEPADA EMAS


Assalamualaikum...Salam Sejahtera buat anda semua...
Alhamdulillah SyamSGold merasakan anda semua telahpun kembali ke kediaman / lokasi masing-masing setelah pulang berhari raya di kampung. Mungkin juga ada antara pengunjung blog ini telahpun mula bertugas setelah bercuti panjang tempohari....Selamat kembali bertugas buat anda semua......dari SyamSGold..Sinaran Emas Anda.

Ada juga ibubapa yang mula mengira duit raya yang diperolehi oleh anak-anak mereka.....banyaknya....!!!!
Nak buat apa duit raya anak-anak tu,,,,,pegi makan angin..???belanja makan-makan...???beli baju lagi...???
buat belanja tol balik kampung....????beli mainan anak-anak...????

Apapun yang anda semua lakukan....berjimatlah......ingatlah duit raya itu adalah duit anak-anak anda....jadi simpanlah untuk kebaikan masa depan mereka....bagi ibubapa yang amanah dan bermatlamat....risik-risik lah mana mana tempat simpanan untuk simpanan duit raya anak-anak anda....

Disini SyamSGold ingin menerangkan faedah jangkamasa panjang buat anak anda dan anda sekeluarga....
Duit raya = emas

Katakanlah anak anda sekarang berumur 2 tahun.Duit raya yang anak anda dapat tempohari anda belikan emas untuk dijadikan sebagai modal bagi yuran pengajian diwaktu anak anda berusia 18 tahun nanti.Rasional tak cadangan ini..???.....Cuba anda fikirkan....

Anda belikan 2 dinar emas PD dari duit raya anak anda contohnya pada hari ini 1 dinar emas PD berharga RM 596.00. Bayangkanlah setelah anak anda berumur 18 tahun (usia nak masuk IPTA/ IPTS) iaitu lagi 16 tahun kehadapan berapa nilai 2 dinar pada tahun 2026??

Purata kenaikan harga emas dalam masa setahun adalah +- 27% (Rujuk sejarah kenaikan harga emas di www.kitco.com)

Pada Sept 2010  ,Anda beli 2 dinar dengan harga Rm 596.00 X 2
berdasarkan kenaikan harga sebanyak 27% setahun apa yang akan anak anda dapat bilamana anak anda berusia 18 tahun nanti.....pada tahun 2026.....ini jawapannya.....tak percaya..????

(Berdasarkan nilai 1 dinar emas PD...Anggaran semasa).
2010 = rm 596
2011 = rm 756
2012 = rm 917
2013 = rm 1078.00
2023 = rm 2688.00
2024 = rm 2849.00
2025 = rm 3010.00
2026 = rm 3171.00

RM 3171 x 2 dinar emas PD = RM 6342.00.

Pada tahun 2026, 1 dinar emas PD insyaallah akan bernilai RM 3171.00, jika sekarang anda membeli 2 dinar emas untuk anak anda ,nilainya akan menjadi RM 6342.00...maka pada usia anak anda 18 tahun ,insyaallah anda tidak akan menghadapi masalah untuk menyambung pengajian anak anda diwaktu itu  .

Adakah anda akan dapat nilai seperti diatas jika anda menyimpan dalam lain-lain pelaburan seperti ASB,ASN,ASW,Fund,Fixed deposit...dll.

Fikir-fikirkanlah....keputusan ditangan anda..SyamSGold hanya memudahcara......
Berminat dengan emas...??? Khidmat rundingcara...?? Ingin membeli dan menjual emas....????

Hubungi SyamSGold..Sinaran Emas Anda...Keunggulan & Keuntungan.....

Wednesday, August 25, 2010

SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA


 


Nampaknya Ramadhan yang kita tempuhi telahpun memasuki fasa ke II, Detik Syawal akan menjelang...SyamSGold ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.Maaf Zahir & Batin kepada semua peminat-peminat emas,rakan rakan blogger yang mungkin SyamSGold telah shout tanpa kerelaan....harap maafkan...

Sempena hari lebaran yang bakal menjelang, kami di SyamSGold menawarkan promosi istimewa untuk semua produk produk yang dijual oleh SyamSGold seperti Barley peanut candy (produk paling top waktu ini) , Rempah kari segera (produk hot) , susu kambing, kopi susu kambing dan sebagainya...rujuk post..

Istimewa untuk pelanggan Public Gold dan Public Dinar...Harga Public Gold dan Public dinar...less 1% dari harga semasa ( we sell).. 
Best tak semua....

jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini...SyamSGold...Sinaran Emas Anda.... 

Friday, August 13, 2010

KELANTAN MELANCARKAN DINAR EMAS

Pada 12 ogos 2010 Negeri Kelantan telah melancarkan matawang syariah dinar dan  dirham.Ini menunjukkan dinar emas ini memang tidak dinafikan kehebatannya dan menampakkan masa depan yang cerah dalam urus niaga masa hadapan.Disini saya sunting berita yang dikeluarkan oleh Bernama. 


Kelantan berhasrat menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas dan perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah menjadi hasratnya untuk melihat Kelantan mempelopori penggunaan mata wang syariah dalam semua urusniaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, masih banyak soal teknikal yang perlu diatasi oleh kerajaan negeri sebelum dapat melaksanakannya.

"Kita bercadang mengamalkan semua urusniaga dan membayar gaji kakitangan menggunakan mata wang syariah, iaitu dinar emas dan dirham ini secara menyeluruh tidak lama lagi," katanya pemberita selepas majlis pelancaran dinar emas di Kota Bharu, hari ini.

Dinar emas dan dirham itu dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade (KGT) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Simbolik kepada majlis pelancaran itu, Nik Abdul Aziz menyerahkan dinar emas kepada Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Mustapha Salleh bagi pembayaran gaji kepada kakitangannya untuk bulan ini.

Nik Abdul Aziz, yang juga Pengerusi PMBK berkata, sehingga ini lebih 1,000 peniaga bersetuju menggunakan emas dinar dan dirham sebagai mata wang alternatif untuk berurusniaga di premis mereka.

Selain itu, Tabung Haji dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bersetuju menjadi ejen dan menerima mata wang syariah itu untuk berurusniaga.

Beliau berkata, tidak ada sebab urusniaga mengunakan mata wang syariah ini tidak boleh diamalkan di negeri ini kerana penggunaannya telah diamalkan sebelum kejatuhan Kerajaan Othmani di Turki.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan semua pihak menggunakan mata wang syariah itu secara menyeluruh dan bukan untuk negeri ini sahaja.

Menarik bukan....jadi apa tunggu lagi..dapatkan dinar emas sekarang..call syamsgold untuk runding mengenai emas : 012-2622234

Monday, August 9, 2010

BARLEY PEANUT CANDY...DIJUAL DENGAN HARGA BORONG


New Promotion...Hari Raya !!!
Anda beli Barley peanut candy dengan harga borong walaupun dengan minima 1 kg.

Syamsgold memperkenalkan Barley Peanut Candy  @ Kacang tumbuk yang sesuai dimakan seisi keluarga..Digemari oleh kanak-kanak mahupun dewasa.
Boleh dijadikan pelengkap kepada jamuan,dijadikan buah tangan dan sebagainya.
Para peniaga kecil...atau siapa-siapa yang nak buat part time nak jual produk ini...dialu-alukan .
Syamsgold menawarkan belian dengan harga borong kepada sesiapa sahaja di seluruh Malaysia mengikut kuantiti yang diorder.


Setiap satu dibungkus supaya lebih tahan lama.







Harga Jualan.
Kepada sesiapa yang cuma ingin order 1kg ,harganya cuma RM 26.00 tidak termasuk harga pos(harga runcit diluar RM35 keatas).

Belian 4 kg keatas akan dapat harga seperti dibawah:

4 kg X RM 24 = RM 96.00

Belian 6 kg keatas akan dapat harga RM23/kg.
6kg  X  RM 23 = RM 138.00

Belian 30kg = RM 22/kg
Belian 50kg = RM 21/kg

hanya promosi hari raya sahaja.....jangan lepaskan peluang ini..


## Harga termurah dipasaran !!

Kami juga telah mendapat kerjasama dari sebuah syarikat pengankutan yang dapat memberi servis terbaik mereka dari segi penghantaran barang-barang.
Penghantaran 2 hari bekerja.
Kos penghantaran yang dikenakan cukup minima iaitu :
1-5 kg cuma RM 9.00
6 kg cuma RM 10.20 dan setiap tambahan kg dikenakan +-RM 1.50 .


Call syamsgold sekarang untuk maklumat lanjut dan order...012-2622234.

Thursday, July 29, 2010

EMAS....LEBIH MAHAL DISIMPAN LAMA

Petikan dari artikel yang dikeluarkan dalam KOSMO beberapa hari lepas menarik minat saya untuk diwar-warkan kepada pengunjung blog ini....Bacalah dengan santai....menarik untuk dijadikan maklumat tambahan anda...buat pengunjung blog,peminat emas dan saudagar2 emas amnya.

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my



DI SEBALIK bangunan tiga tingkat yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya sebenarnya tersimpan ragam kesibukan aktiviti jual beli emas.
Menariknya, situasi itu bukannya menyaksikan jual beli barang kemas seperti gelang tangan, rantai atau anting-anting.
Sebaliknya, mereka menjalankan proses mendapatkan kepingan kilauan emas tulen berharga.
Bagaimanapun, premis yang terletak di tingkat tiga itu tidak sewenang-wenangnya dikunjungi. Anda perlu membuat temu janji khas dengan kaki tangan Public Gold supaya pagar besi utama akan dibuka.
"Sebagai langkah keselamatan, tempat kami mempunyai pengawasan yang ketat. Mereka yang ingin mendapatkan kepingan emas perlu berhadapan dengan tiga rintangan pagar besi yang dibuka secara automatik.
"Di Public Gold, mereka boleh melihat skrin paparan harga emas dunia sebagai petunjuk untuk membeli atau menjual," terang Eksekutif Pemasaran Public Fine Gold International Sdn. Bhd., Wilson Tan.
Bercerita mengenai kehebatan emas, masyarakat masa kini mula membuka minda untuk membuat pelaburan baru. Tidak lagi memfokuskan kepada penyimpanan wang semata-mata, trend pembelian kepingan emas kian popular dan mendapat sambutan.
Bahkan segelintir bakal pengantin turut memilih dinar emas sebagai hantaran mas kahwin kerana barangan berharga itu merupakan komoditi yang mempunyai nilai yang tinggi.
Meskipun tertanam beribu-ribu tahun, emas tetap berkilau dan merupakan aset paling bernilai. Emas boleh dibeli sama ada dalam bentuk syiling atau keping dari bank-bank perdagangan.
Selain itu, perbezaan yang dinilai di antara pelaburan ketulan emas dan barang kemas ialah dari segi tawaran peratusan.
"Emas keping dan emas syiling lebih tinggi nilainya iaitu 999.9 peratus berbanding emas yang telah dilebur untuk dijadikan barang kemas pula 91.6 peratus," beritahunya.
KETULENAN emas boleh diuji sebelum bersetuju untuk membeli.


Sementara itu, Pengedar Utama Public Gold, Syukor Hashim menjelaskan, Public Gold yang mendapat kelulusan dari Bank Negara menawarkan perkhidmatan jual beli emas 999.9 atau 24 karat untuk pelaburan yang selamat dan murah.
Dari segi kiraan nilai pula, Public Gold menawarkan empat produk kepingan emas 20 gram (g), 50 g, 100 g dan satu kilogram (kg).
"Harga yang dinyatakan setiap gram adalah dalam ringgit. Harganya juga sentiasa berubah-ubah, jadi mereka yang berminat lazimnya akan sentiasa memantau harga dunia.
"Orang ramai diberi kebebasan untuk membeli seberapa banyak ketulan emas bergantung kepada kemampuan masing-masing," terangnya.
Menceritakan pengalamannya menjalankan jual beli emas sepenuh masa, Syukor mendapat pendedahan awal menerusi program The Truth Revealed: Dinar and Dirham The Real True Money sejak dua tahun lalu.
Konsep kekayaan
Bermula dari situ, dia mula mengerti mengenai konsep wang dan kekayaan sebenar. Syukur banyak membuat kajian melalui pembacaan dan rujukan.
"Saya menyedari bahawa kekayaan yang sebenar bukanlah terletak pada wang kertas. Tetapi emas, perak, hartanah, ternakan dan tanam-tanaman.
"Wang kertas boleh dimanipulasikan dan boleh dicetak sebanyak mungkin sekali gus nilainya akan hilang," terangnya bersungguh-sungguh.
Bagi salah seorang kakitangan swasta, Ahmad Fithrie Ahmad Tajalie, 31, pelaburan pertama yang dikeluarkannya tahun lalu sejumlah RM38,000 untuk memiliki beberapa ketulan emas peribadi.
Disebabkan emas mempunyai nilai tinggi, dia lebih berminat untuk menambah koleksi ketulan emas untuk simpanan masa hadapan.
"Kepuasan memiliki dan menyentuh sendiri ketulan emas memang tidak dapat digambarkan. Itu yang membuatkan saya lebih berminat untuk mengumpulnya.
"Petuanya ialah bila sudah beli emas, simpan sahaja emas itu tetapi bila memerlukan dana kewangan barulah ia dijual. Lebih bagus jika ia dijual ketika harganya tinggi. Semakin lama emas itu disimpan, harganya juga semakin mahal," jelasnya.
EMAS Public Gold memaparkan cap mohor syarikat terbabit.


Seperti yang diperuntukkan oleh hukum syarak, mas kahwin merupakan pemberian wajib daripada seorang lelaki kepada bakal isterinya. Ia boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan kemampuan pasangan terbabit.
Lazimannya mas kahwin disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin atau gelang tangan. Namun, kini syiling dinar emas telah mendapat sambutan menggalakkan sebagai mas kahwin untuk majlis perkahwinan.
Barangkali sudah tiba masanya masyarakat menerima persetujuan menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin memandangkan ia mempunyai nilai sentimental dan intrinsik yang kukuh.
Mas kahwin
Dinar emas sebagai mas kahwin sememangnya sesuai kerana ukiran kalimah syahadah dan cetakan ayat suci al-Quran secara simboliknya melambangkan ketinggian nilai kehidupan manusia berasaskan agama.
Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada bulan September tahun lalu, Wan Azmir Wan Mohamad dan Nadiah Abd. Rahman turut menggunakan dinar emas sebagai mas kahwin mereka.
Masing-masing yang berusia 27 tahun menyifatkan, keputusan untuk menggunakan dinar emas kerana ingin mengembalikan tradisi masyarakat Islam yang sekian lama ditinggalkan.
"Pengetahuan penggunaan dinar emas ini dibuat setelah saya membuat sedikit rujukan pembacaan mengenainya. Dari situ saya dapati dinar emas mempunyai nilai yang semakin meningkat.
"Malah bentuknya yang cukup unik dan dinar emas juga cantik untuk disimpan. Berbeza dengan wang simpanan wang, ia mungkin tidak akan kekal lama," jelas Wan Azmir Wan Mohamad yang menyempurnakan mas kahwinnya dengan sekeping syiling dinar emas seberat 4.25 gram (22 karat) bernilai RM502 (kini bernilai RM570 tertakluk pada harga semasa).


NADIAH menerima hantaran mas kahwin dinar emas daripada suaminya, Wan Azmir.

Sementara itu, pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid berkata, dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilai yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas.
Pelaksanaan secara konkrit dengan susulan cadangan yang lebih serius perlu dijalankan supaya negara dapat menggunakan dinar emas dengan lebih menyeluruh.
"Skop penggunaan dinar emas sebenarnya amat luas kerana ada yang gemar menjadikan dinar emas sebagai koleksi aset yang kalis inflasi. Dinar emas berbentuk syiling juga sebagai medium pertukaran yang sah. Tetapi sejauh manakah masyarakat kita berminat menggunakannya seperti yang disarankan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Friday, July 23, 2010

BELI EMAS....ANDA DAPAT EMAS

Disini saya ingin menegaskan bahawa Pelaburan emas yang dicanang-canangkan bukanlah bermaksud pelaburan seperti skim cepat kaya atau MLM yang menawarkan kekayaan dengan cara pantas dan mudah.Apabila anda membeli emas Gold Bar atau dinar....itulah barang yang anda akan dapat.(gambar seperti dibawah).
Untuk makluman,sekiranya anda sekarang mempunyai wang berjumlah RM 2500.00 ...nilai wang tersebut akan semakin mengecil dalam jangkamasa 5 tahun lagi.Apa yang anda boleh beli sekarang dengan harga tersebut sudah tidak dapat lagi dibeli pada jangkamasa 5 tahun lagi.Nilai wang akan semakin mengecil akan tetapi sekiranya wang tersebut anda membeli emas bar @ dinar.Dalam jangkamasa 5 tahun lagi, harganya akan melonjak lebih dari 40% (seperti tahun-tahun lepas).
jadi apa tunggu lagi....sebelum harga emas melambung tinggi....
Anda boleh beli atau jual dengan saya emas seperti dibawah ini.
Bentuk fizikal emas dan nilai emas fizikal yang di keluarkan oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd.
emas20gram
Goldbar (Emas 999/24K) 20gram

emas50gram
Goldbar (Emas 999/24K) 50gram

emas100gram
Goldbar (Emas 999/24K) 100gram

syilingemas50gram
Goldcoin (Emas 999/24K) 50gram

1 dinar
1 dinar (emas 916/22K) = 4.25gram

5 dinar
5 dinar (emas 916/22K) = 21.25gram

10 dinar
10 dinar (emas 916/22K) = 42.5gram

Thursday, July 22, 2010

EMAS...PELABURAN ALTERNATIF ANDA

Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas.

Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.


Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns.

Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus.

Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.
Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus.

Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas.

Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.
Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram.

Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.
Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini.

Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.
Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.
Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama.
Pertama penyusutan nilai dolar Amerika.

Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.
Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika.

Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.
Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini.

Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi.

Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.
Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.
Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh.
Dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.
Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value.
Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.
Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).
Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom.

ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.
Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini.
Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.
Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.
DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
Sumber : Utusan Malaysia 10 Oktober 2009

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails