Adakah anda susah untuk amalkan Olive oil @ minyak zaitun kerana selalunya ia didatangkan dengan minyak yang dibotolkan....kini tidak lagi...SyamSGold telah memperkenalkan Olive oil keluaran Al Shiffa yang didatangkan dari Turki...Mudah dimakan..mudah diamalkan...mudah disimpan...mudah didapati..hanya dari SyamSGold.
Minyak Olive ini dikapsulkan dalam 1000mg setiap kapsul dan setiap kotak (spt diatas) mempunyai 24 biji kapsul. Lebih mudah untuk anda dan keluarga untuk amalkannya.
Keistimewaan kapsul Olive Oil Dari Turki:
-Dihasilkan menggunakan kaedah 'cold pressed' untuk menjamin kualiti dan kesegaran
-Proses mengeluarkan minyak dari buah zaitun tanpa penggunaan haba atau
pemanasan untuk menjamin minyak zaitun yang berkualiti tinggi
-Perahan minyak yang dikeluarkan daripada buah zaitun yang terbaik
-Pilihan utama diet pemakanan bagi mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular
-Rasanya enak dan kurang rasa berminyak
HARGA TERMURAH YANG KAMI TAWARKAN ;
1 KOTAK = RM 16
6 KOTAK = RM 81
20 KOTAK = RM 240
## Penghantaran melalui Pos Laju.
POS LAJU 6 KOTAK KEBAWAH RM6 (SEMENANJUNG) RM15 (SABAH/SARAWAK).
20 KOTAK RM 13 (SEMENANJUNG) DAN RM 25 (SABAH/SARAWAK).
BERMINAT ..?? HUBUNGI SYAMS-GOLD SEKARANG UNTUK DAPATKAN HARGA YANG LEBIH MURAH DENGAN KUALITI TERJAMIN.
CALL/SMS/WHATSAPP/WE CHAT ; 012-2622 234.
EMAIL ; asraz74@yahoo.com.
APAKAH ITU OLIVE OIL @ MINYAK ZAITUN.
Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter,
berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith,
setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama
kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan
besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata
olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1".
Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk
tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk
penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari
pokok, jenis dan saiz.
Minyak
zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran
(kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih
sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya
yang boleh melembutkan kulit. Ia
merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk
tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman
berbanding
lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL,
tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula
menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun
tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko
penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat
proses penuaan.
Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh
digunakan
sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia
boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun
berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan
sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.
Pengambilan minyak zaitun dapat mengurangkan risiko
sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri
wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman,
mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan
ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi
boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.
Menurut
statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk
Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di
Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia
boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan
kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung
boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran
dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun
mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit
jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk
epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama
pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.
OLIVE OIL...DISEBUT DALAM AL-QURAN...
"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung
Tursina". (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah telah menyebut di dalam Al
Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga
memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan
diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di
mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia
digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti
tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa
banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang
mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.
Diriwayatkan dari Sayyed Al-Ansari bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:
Gunakanlah MINYAK ZAITUN sebagai makanan, berminyaklah dengannya untuk
rambut, badan dan seumpamanya kerana sesungguhnya ia adalah daripada
pokok yang berkat.
(Tarmizi, Ibn Majah)
KHASIAT OLIVE OIL:
- Tinggi kandungan Vit E anti oksidan
- Mengurangkan kadar kolestrol dalam darah
- Mengurangkan risiko sakit jantung
- Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
- Merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat)
- Mengurangkan tekanan darah
- Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita.
- Anti Kanser
- Melancarkan saluran pemakanan melalui usus
- Mencegah ulser dan mengurangkan risiko batu karang
- Mencantikkan kulit, rambut dan kuku
Kajian yang dijalankan ke atas wanita
oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public
Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali
sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.
Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang
kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh
professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di
Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang
pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti
Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam
membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji
dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan
pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika
Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan
negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang
kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun
dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak
zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya
daripada kanser kulit.
No comments:
Post a Comment